02 February 2006

balik asrama semua..!

hari 'balik asrama'. Like usual, the same, chaotic situation in my house ..

"..ehh..mana stokin Bie?..sapa curi stokin Bie?!..err, ni stokin BIe ke..? "
"..Arrggh..malasnya nak balik sekolah..!!"
"...Weihh..cepatlah kemas barang2 tuh masuk beg, ..nak pergi lepas Zuhur nih, takut lewat nanti.."
"....berkubangnya kat sini..ni brg sapa nih?..jgn sepah2 nanti bercampur dgn barang org lain.."
"Sapa punya turn gosok baju..?!"

Dialog sama sejak dulu, dari zaman aku, kakak dan Imah..hinggalah ke time adik2 sekarang nih. Situasi yg sama. Eheh..just sekarang aku jd pemerhati je, lucu tgk gelagat adik2 berkemas balik sekolah. Time aku dulu lagi teruk, ..eheh. Dan ayat yg sama akan keluar dr mulut ayah, "...ha..sapa nak pergi dulu nih..?". Dan semua dh mcm faham2 sendiri, yg jauh akan pergi dulu, in our case, org yg bersekolah di Neg Sembilan. Yg syok org yg belajar kat SMAKL, pukul 5 baru bertolak. Dan ayah, dari anak yg sulung hingga bungsu, semua dia yg hantar balik asrama, tak kiralah kat Seremban ke, Hulu Langat ke, Kajang ke, KL ke. Dari kereta Ford LAser buruk ( yg seusia dgn aku tuh..=]) hinggalah ke kereta sekarang, bnyk benar jasa kereta2 tu kat kitorg...Aku ingat Imah pernah tnya ayah.., masa tu dia IB di Kolej MAra BAnting..
Imah : "..ayah..biarlah imah balik sendiri..susahlah ayah jauh2 nak drive. Imah reti balik sendiri.."

Ayah :"..tak payahla,..ayah boleh ambil hantar. Masa kamu semua masih bawah ayah nilah, ayah boleh nak mengambil menghantar. Esok2 dah jadi hak orang, dah ade suami..ayah dah tak boleh nak ambil dh.."
Terus Imah diam.

Mama pun tak kurg ligatnya. Dr pagi dh bergegas untuk siap2kan makan awal, sbb kena bertolak awal. Nak pastikan semua brg2 anak2nya ada. Yg penting, bekalan makanan, yg kdg2 aku terfikir, apa mama ingat anak2 dia kebulur kat asrama kot, punyalah bnyk mcm nak buat bekal utk batallion askar...ehehe. Setiap kali nak balik asrama, mama akan minta semua buat list brg2 yg diperlukan utk dia pergi beli. ,. .common request, 'ubat gigi', 'sabun', kadang2 'cermin muka'. ( ini satu hal lagi, adik2 aku ni punya list, ..isshh...mcm2 )

dan bila semua dh balik, tinggallah mama dan ayah, serta anak2 yg dh habis sekolah. Dari gelak ketawa riuh2 suasana dalam rumah semasa semua berkumpul, jadi sgt senyap dan hening. Sunyi je. iSkk...

Sebenarnya..im missing my adik2 yg baru balik asrama smlm..tu yg 'sentimental' semacam je nih..hAihh...

1 comment:

justme said...

ha'ah..kena jerkah dgn ayah terus senyap..huhu.=p