Adik bungsu aku baru telefon. Setiap kali hujung minggu, kalau aku tak balik rumah, dia akan telefon petang jumaat, tanya balik atau tak. Kalau aku cakap tak pasti lagi atau ade hal jumaat malam, dia akan telefon lagi sabtu ptg, tanya balik atau tidak. Sebagai kakak, .. pertanyaan dia tu aje dh buat aku nak balik..
Dan kalau hari ahadnya pulak, soalan dia akan tanya “ kak balik kolej mlm ni ke esok pagi?”. Kalau aku ckp tak pasti, dia akan merengek “ ala..baliklah esok pagi…”. Aku pernah tanya dia “ Adikni, kak balik esok pun, mlmnya kan adik dah tido, kalau tak tido pun , bukannya adik dok main dgn kak pun..”. Dia hanya sengih “ saja je…”. Adik..adik.
Mungkin kerana aku kakak dia yg dh besar dan sering berada di rumah, membuatkan dia mcm tu dgn aku. Walhal dia lebih rapat dan ngam dgn Imah dan Yah, dua org adik prpmn aku tu. Dgn Imah, dia boleh bergomol atas lantai berebutkan bilik air, dia boleh bergoncoh dgn Yah dan bergurau dgn Yah dgn cara yg memang tak pernah dia buat dgn aku. Dgn kakak sulung kami pulak, pastinya main playstation lebih menarik dan mencabar berbanding main dgn aku yg sering kalah aje nih. Dgn Bie pula, mungkin jarak usia mrk yg tak jauh beza membuatkan dia lebih nak bermanja dgn kakak2 yg lebih tua. Pendek kata, aku lihat dia lebih seronok dan terhibur dgn mereka berbanding aku. Apa2 pun ,setiap dr kelima2 kakak dia nih, punya peribadi dan perwatakan yg berbeza, cara kami juga berbeza dan dia juga dimanjakan dgn cara yg berbeza. Untung sungguh adik , ade seorg abang dan lima kakak. …tu yg best jd bungsu nih…
Sejak dr kecik, aku sgt manjakan dia. Rumah kami dulu, di Kuaters UM, aku melihat dia membesar , dari seorg bayi yg belum boleh membuka mata ( dan biru dagunya..hheh, sbb dia lemas terjerut tali pusat dlm perut mak..sampai sekarang kitorg masih ejek dia..) menjadi seorg kanak2 lelaki yg cerdas dan cergas. Beza usia 11 thn atr aku dgn dia, membuatkan aku berpeluang utk merasa menjaga dia, mendodoi dan mendukung ke hulu hilir berbanding adik2 aku yg lain. Semasa dia kecil dulu, aku akan meriba dia atas buaian pada waktu malam, dengan Bie dan Yah, sambil menghayun buaian selaju mungkin. Kami akan bernasyid satu lagu ke satu lagu, sambil menikmati nikmatnya angin malam mengenai rambut dan muka kami. Suara kami sungguh kuat, aku rasa mesti satu perumahan kuarters tu dgr ( sbb ade sekali tu, ayah tegur suruh slowkan sikit volume..heheh). Dan adik akan lena dlm ribaan aku. Begitulah rutinnya , boleh kata hampir setiap malam kami akan berbuai dan melaungkan nasyid. Kadang2 kami akan berangan, seolah2 buaian ni akan terbang ke langit dan dapat melihat bintang dari dekat.
Setahun ke setahun yg seterusnya,aku dan yg lain bersekolah asrama, sekali sekala dpt cuti balik, dan melihat adik semakin membesar. Aku ingat ade sekali tu aku masih bersekolah di SMAPL, telefon ke rumah, adik yg angkat, aku menyangkakan Bie kerana dia sudah lancar dan fasih bercakap. Setiap kali balik dr asrama, aku cuba utk bawa balik sthg utk dia, walaupun sebenaranya tak elok diajar budak2 dgn buah tangan yg kerap, aku tetap nak bw balik coklat atau apa2 yg pd aku akan menyeronokkan dia…
Sekarang ni , adik dh pun darjah enam. Tahun depan, dia akan menginjak ke sekolah menengah dan seperti kakak2 dan abangnya, ayah pasti akan masukkan adik ke sekolah berasrama. Tak lama lagi, dah takde org yg akan menelefon aku setiap hujung minggu lagi utk tanya soalan “kak , balik atau tak ..?”. Aku pasti akan merindui kelibat dia yg akan melonjak keriangan bila aku membuka pintu rumah dengan seplastik roti john atau apam balik di tangan aku. Mungkin pada masa itu juga, adik bungsu aku yg manja dan suka bermesra2 dengan kakaknya ini, sudah pun dewasa, dah rasa malu nak buat itu semua. Aku pasti akan rasa kehilangan dia,..
Jadi , sementara dia masih ‘anak kecil’ di mata aku dan kami semua, aku nak memanfaatkan waktu2 ni bersama dia, bermain dan melayani rengekan2 dia. Selagi masih punya peluang.
InsyaAllah,adik …minggu depan kak balik, nanti kak beli komik ‘Dik Cerdas’ yg adik pesan tu. Tunggu ya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment