07 July 2005

cemburu dan perempuan

Cemburu dan perempuan..mcm agak closely linked to each other. Walaupun lelaki pun ada cemburunya, ..entah kenapa, masyarakat amnya lebih suka menghubungkan istilah ini dengan kaum hawa.

Cemburu, iri hati dan hasad dengki..perempuan2. Setakat 23 thn hidup nih, i had a few share of experiences berhadapan dgn karenah manusia begini. Cemburu melihat kelebihan org lain, dengki dan iri hati yang mengundang kepada memburukkan, mengata dan bermasam muka. Kadang2 kesian jugak kat org kuat dengki nih, begitu rendahkah nilai diri dia sampai hanya dpt nampak dan pandang keistimewaan org lain. Tu yg kdg2 berkawan dgn org lelaki lebih menarik, takde bende remeh-temeh mcm nih..

Aku pernah baca satu novel ‘Cemburu Seorg Perempuan’, quite a nice story, Cuma agak tragiklah..yg membuatkan aku terfikir, “betulke manusia boleh jadi se'gila' itu bila dikuasai cemburu?”. Itulah pentingnya akal menguasai perasaan, iman menjadi bekalan, kerana nafsu kalau dibiarkan menjadi raja, memang akan binasa.

Sebenarnya terlintas utk menulis ttg isu ni, bila mengenangkan patient tadi. Entah apa angin ribut, sejak dua menjak ni, kalau dia dtg utk rawatan, isteri dia akan mengekor sama. Siap duduk kat tepi dental chair, tengok aku rawat husband dia. Heheh..amused ada, naik rimas pun ada, hai..sampai mcm tu sekali ke tak percaya kat laki. Suami dia yg merupakan pesakit paling compliant aku, pernah berbisik memberitahu, isterinya kuat cemburu. Aku hanya senyum, macam2 lah ragam org ni. Suami yg dh menghampiri setengah abad, layak dipanggil pakcik, tak payahlah nak dirisaukan apa. Cuma yelah..manusia, lain org, lainlah hatinya. Ikut suka lah..asal tak ganggu aku buat keje sudah..

Sama jugak kesnya dgn seorg kwn, yg turut membekam rs cemburu, sepanjang aku berorganisasi dgn ‘pakwe’ dia. Kalau muka dia masam, menjeling tajam tak pasal2 pada aku tuh,..ha, adelah tak kena kat mana2 tu. Biar berbuih mulut aku menerangkan, esok lusa dia ‘jeles’ lagi. Entahlah..agaknya bila rasa sayang dah teramat, membuatkan rasa cemburu hinggap bila melihat org ‘kepunyaan’ rapat dengan org lain. Mungkin kot. Cemburu, bolehkah dijadikan nilaian dan ukuran sedalam mana rasa sayang kita pd seseorg..?

Yg pasti, rasa cemburu tidak salah, malah ia adalah lumrah, perasaan yg akan terbit sekali – sekala dalam melayari perhubungan dgn manusia lain. Aisyah r.a pun mencemburui Khadijah, walaupun beliau sudah tiada di sisi RAsulullah s.a.w. Siti Sarah turut mencemburui Siti Hajar, yg mampu melahirkan zuriat utk Nabi Ibrahim, lantas membuatkan Ibrahim membawa Siti HAjar dan anaknya Ismail, ke tempat lain. Cuma biarlah cemburu yg berpada2, ibarat secubit garam atau gula buat penyedap makanan. Kalau berlebihan, makanan jd tak sedap, dan lebih teruk boleh menyebabkan penyakit. Tapi, kalau lansung takde rasa cemburu pun, tak syok jugak...kerana bukankah cemburu itu tandanya sayang..;]

Speaking of 'cemburu tanda sayang' nih.., it makes me wonder, kalau kita tak rasa cemburu melihat si dia dgn org lain, adakah maksudnya kita tidak sayang..?..hmm....



3 comments:

bukh said...

api bila kecil jd kawan..bila besar jadik lawan..hehe..same case kut..
btw.maybe u need to do something to prevent others from terus menerus cemburu tak pasal2.. something that can make them comfort and close their mouth.. betoi laa

Faizal Jaafar said...

impressive. your blog is a must-visit! teruskan menulis :)

justme said...

..well..bukhari, ermm..it's really not my fault what..ehhe, but thanks ya..

and thanks pa'e, =]. u too, never stop blogging ya..