01 June 2005

kerana cantik...

beauty stands in the eyes of the beholder...
cantik di mata org, mungkin biasa shj di mata kita,
takrifan cantik itu sendiri, luas..subjektif kata org. Ada yg kata cantik di matanya, mulutnya..budi bahasanya...personalitinya...pendekkan kata yg panjang, ia bergantung pd penilaian manusia yg berbeza2.
Apa yg ada dlm tgn kita, syukurilah...dan lihat dunia dgn rs kesyukuran yg sama, baru terasa keindahannya..
Baru kelihatan cantiknya...

seorg kakak masa sekolah pernah mengingatkan aku, agar mengamalkan doa semasa melihat cermin..( yg aku selalu tak buat dr buat..ikss, lupa..=/), agar kita sentiasa insaf dan sedar, hinanya kita, buruknya kita..kalau hanya fizikal yg sempurna tapi rohani dan dalaman tak terpelihara. Nak 'cantik dalam' tu yg susah, dan tak ramai yg ada.

"..Ya Allah, perindahkanlah akhlak ku, sebagaimana Kau perindahkan kejadian ku...aminn.."- doa sms melihat cermin.

JANGAN KERANA CANTIK

Jangan kata aku cantik,
Bimbang di hati bangga terdetik,
Depan cermin asyik menilik,
Berbunga di hati, betul ke aku ni cantik ?

Jangan suka aku disebabkan cantik,
Kerana yang lahiriah tidaklah statik,
Kenali dan dalami aku baik – baik,
Keturunan dan keserasian penting selidik.

Jika kerana cantik aku dikelek,
Dicanang ditayang hilir mudik,
Aku tidak mahu diiktiraf awek,
Oleh lelaki berfikiran cetek.

Daripada kerap memuji cantik,
Lebih baik doakan aku perempuan baik,
Jangan melihat rupa yang molek,
Intan dan kaca bisa tersilap belek.

Jika ingin memuji cantik,
Hamburkan syukur pujian buat Pemilik.
Yang mencipta keindahan lagi menarik,
Maha Sempurna Tuhan, tiada cacat setitik.

Aku tidak damba pujian cantik,
Semuanya pinjaman, akan dipulang balik.
Di hari penentuan, dalam buku tercatit,
Apa dipergunakan, anugerah Tuhan yang cuma sedetik.

Harta dan pangkat aku tidak tertarik,
Pun tidak harap kerjayanya arkitek,
Berkereta mewah koleksi antik,
Tapi menyukai aku kerana cantik !

Yang aku doakan lelaki yang baik,
Sederhana penampilan, orang yang terdidik,
Memilih aku kerana di hatinya berbisik,
Inilah orangnya, bersama mimpi dilarik.


.." lawa tiada, manis ada..=] ..."

7 comments:

AiSyaHuMaiRa said...

Nazz, cayalah posting ni...=)

tm nut said...

..and they said pictures' worthed a thousand words..
surely these words worth a thousand pictures..

at least for me.

justme said...

sheesh., .thanks friends..=],

elessar said...

salamz,stumbled across here from imah's..:)

i like this entry.do you mind if i copy the poem?or is it a song?:P..i just wanna keep it.it's really2 deep.

anyway,i hope you don;t mind me reading your blog.if you prefer me not to,bgtau,k.

salamz.=)

justme said...

hi there elessar..=]

nope,i dont mind ppl read my blog, one of the reason we call it 'online journal'rite..=]..sure, u can read mine,..and if u want,u can drop some comment too..

and thank you..it's not a song,and i dunno whether it can be said as poem ....?..created while doodling alone in my room..hmm,yeahh,.. u can copy it down,..glad u like it..=]

bye!

wawa said...

a'kum...
sangat berkenan ngan pantun kat atas nie..leh tak saya copy buh dlm blog saya??very nice entry!!=)

justme said...

salaam..hi there wawa..=]

thank u, it's just something that came to me, and i had to write it down..it's not that good pun..

sure u can copy it down..ermm, perhaps if u could write 'by justme' at the end of it would be much better,..=], ermm,considering some akta hak-cipta stuffs..ehhe..