19 August 2006

thank you Allah

Kecenderungan sifat manusia; mudah lupa. berkeluh-kesah. tak pernah puas. Sebelum dapat, sangat hendak, bermati-matian mahu. Tapi bila dalam genggaman, kita buat endah tak endah, kita tidak hargai.

We tend to take things and people we love for granted.

Mungkin cara untuk lebih menghargai adalah dengan mengingatkan diri kita bahawa ini adalah 'pemberian daripada Allah'. A gift from Allah. Daripada banyak-banyak hamba-NYA, Dia berikan kepada kita. Peluang untuk hidup sehingga hari ini. Kesihatan dan kehidupan yang baik. Dikurniakankan ibu ayah, adik beradik, keluarga tempat kita berlindung. Dianugerahkan kita keupayaan, kelebihan dan bakat tertentu yang mungkin tidak dimiliki orang lain. Dan dihadiahkan-NYA kita seseorang untuk menemani perjalanan hidup kita, menyalurkan fitrah berkasih sayang dengan cara yang diredhai-NYA.

Bila kita melihat seseorang atau sesuatu itu sebagai 'hadiah Allah' kepada kita, kita akan sentiasa ingin menghargainya, kerana ia pemberian dari Pencipta. Kita rasa bersyukur dan berterimakasih, serta tidak akan mensia-siakannya. Bila kita memandang 'hadiah' itu di depan mata, menerima dia menjadi milik kita, ingatkan diri bahawa ini adalah anugerah Tuhan, maka sewajarnyalah kita sebagai hamba merasa bersyukur. Pesan pada diri, anugerah Tuhan ini dipinjamkan kepada kita seketika di dunia, untuk kita menikmati sebahagian daripada kurnia Tuhan yang Maha Pemurah. Alhamdulillah..!

Terima kasih Allah..atas pemberian ini. Bantulah kami, untuk sentiasa ingat pada-Mu, bersyukur atas anugerah-MU dan memanfaatkan kurniaan-MU untuk kebaikan dunia dan akhirat. Berkatilah dan rahmatilah kami..wahai Tuhan Maha Pemurah, Tuhan Pemilik semesta alam....

Petikan sebahagian ayat 12 Surah Luqman :
".....Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur ( kepada Allah ), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.."



" ......Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku, dan supaya aku dapat berbuat amal saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan ( memberi kebaikan ) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-MU dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.." - petikan ayat 15, Surah Al-Ahqaaf

No comments: