27 September 2005

definisi suka

Pernah suka org ?..Tipulah kalau tak pernah..

Aku pernah. Malah, lebih tepat kalau dikata dah beberapa kali,..eheh. Tak pernah berhubung cinta, cuma sendiri suka. Dan setiap kali merasakannya, akan terfikir “.. mungkin ini agaknya org nya..”. Hehe..how silly I was…

Bila diingat2kan..aku sendiri tak pasti, yg aku rasa dulu tu, adakah ia suka, atau sekadar tertarik, was it love at first sight, or infatuation, atau ,,semata2 permainan perasaan yg perasan. Tertunggu2 kelibat org tu. Kalau dia takde, rasa bosan dan hambar je hari tu. Kalau dia ada berhampiran, rasanya lain, macam sgt peka akan kewujudan dia di situ. Perasaan kita ni, kadang2 boleh menipu..ditambah pulak dgn ketidak‘maksum’nya kita nih. Tup tap, tup tap..esok lusa..hilang mcm tu je perasaan tu..

Hmm..tapi yg pasti, semasa kita sedang ‘menyukai’ tu, kita mmg bersemangat. Bersemangat utk bangun pagi, utk ke sekolah dan ‘terserempak’ dgn org itu. Dan setiap kali itu, akan berharap dia akan melintas kat tepi, terpandang kita dan senyum. Paling melampau angan2, dia siap menegur ‘hai’. And that simple ‘hi’, was all u need to keep grinning for the rest of the day. A slight glimpse of that person, was enuff to make ur day. Wow, some feelings it was…=0D. Rasa nak senyum manjang.

Eheh..kelakar jugak bila difikirkan balik. Aku yg sentiasa penuh dgn perasaan dan imaginasi. Yang suka percaya dengan intuisi sendiri (walaupun selalunya tak betul.. ). Cuma, dlm usia sekarang, yg boleh dikatakan sudah dewasa, aku tak mahu layan lagi perasaan2 begini, jauh lagi utk percaya. Sudah penat berangan, sudah tak larat nak bermain dengan perasaan, yang akhirannya tak pernah tepat dan hakikat. Mungkin ini antara jalan dan pengalaman yang setiap orang harus lalui, untuk menjadikan kita lebih manusia. Yang membuatkan kita satu hari nanti, menoleh ke belakang, dan tersenyum mengenangkan kenangan menyukai seseorg ini. Mungkin kita boleh kongsikan dgn anak2 kita, di waktu mereka pulak berada dalam keadaan itu..merasai perasaan itu.

Jadi, kalau ditanya “..definisikan apa itu suka ?”. Hmm..seringkas yg aku mampu katakan, kita tahu kita suka bila kita mahu org itu gembira dan senang hati, sedaya mungkin nak tolong dan membantu bila melihat dia kesusahan. Berada dekat dengan dia, melahirkan satu perasaan yg istimewa. Kita tahu kita suka bila kita rasa bahagia, bila kita melihat hari lebih indah dari biasa, memandang dunia seakan lebih berwarna.


2 comments:

tm nut said...

pernah gak suka orang

justme said...

=]..kan?....
smtmes i wonder,what if the person knew about it, or he didnt have the slightest clue and i boldly confess..would it change anything..? Either way pun, tak kisahlah, it's all left behind as history anyway, ..., but, it's a nice feeling kan..? =]