09 September 2005

layan jelah...

=/..Kepala sgt sakit..inilah akibatnya org yg suka bertangguh kerja ke last minute, dn mlmnya kena 'gedebak-gedebuk' nak siapkan assignment, dan settlekan itu ini..kerah otak last minute, padanlah dgn muka...huhu..Why aa naz, never learn from mistakes...

and now, tercongok lagi dlm lab comp, siapkan script writing utk sesi 'lakonan' hari Isn ni. Ehhe..bende2 gini aku mmg semangat,agak2nya kalau ade kerusi 'director' dgn vest dan beretnya sekali..confirm2 aku duduk dan pakai punya..haha. =D dan alhamdulillah, idea aku diterima baik. Siap ada rehearsal lagi hari ini, ..ehhe, kalau ikutkan hati, teringin gak nak berlakon sekali, tapi script aku buat, tak eloklah aku conquer semua. Kasi can-lah org lain perform plak. Teringat pengalaman berlakon zmn sekolah, aku agak minat theater-performance esp acting, tapi watak2 aku dulu sungguhlah membosankan. Masa sekolah rendah, jadi Sultan ( sbb sekolah perempuan, kalau semua nak jadi Tuan puteri, sapa nak jadi Sultannya..),dan pegang watak budak2 nakal dlm persembahan kelas. Lps tu masa sekolah menengah, pun berkesempatan berlakon lagi. Ini semua hasil kreativiti Cikgu Zainab, Cikgu Bhs Melayu yg sgt aku suka sbb karekter dia unik..( husband dia ajar Kemahiran Hidup, setiap kali husband dia melintas tepi kelas, kitorg yg 'iyo2' tersengih menggiat dia..CIkgu Zainab buat 'dek 'je..cehh..). Ohh ya..lakonan tadi, melakonkan watak nakhoda kapal dlm drama si Tanggang ( which was, mcm 2 saat je berlakon..huhu..) . Drama paling best ialah ttg anak derhaka jugaklah, aku lah jd anak derhaka tu..fuyyo..sgt seronok masa tu. ..cuma masa menangis meratapi kematian ibu, aku tergelak2 sikit..( apa ke taknya, si ibu yg sepatutnya 'mati' terbujur boleh bergerak2 dlm selimut, sbb ketawa..terus berkocak2 semua pelakon2 kat situ..).

Hmm..scriptwriting is also among the thing i found myself very interested in..basically anything that involves me expressing words on papers. And funny, last night, i was more keen on completing the script rather than concentrating on my perio paper...( some revelation ..hopefully takde Doktor2 aku yg baca blog nih..ehhe ). Kenapa..sebab suka. Simple. Sebab aku mmg suka. Suka yg kdg2 sanggup buat kalau org suruh, sanggup bersengkang mata, sanggup perabih duit kat cc mcm sekarang nih...

Dulu masa sekolah, ada seorg kwn yg jd editor buletin program tertentu, meminta aku tuliskan utk dia..kiranya mcm " aku nyanyi dia gerakkan mulut'. Tamat program, dia belanja makanan fav aku, 'roti kacang'. Mmg tak kisah..sanggup berjaga mlm siapkan, walhal aku peserta program. Dan ada pernah seorg cikgu minta tolong tuliskan surat utk seorg kwn dia ( heheh..) , kiranya aku tulis berpandukan point2 yg dia beri. Dan kerana minat jugak..aku ada tulis 2-3 kajang skrip, konon2nya nak masuk pertandingan majalah atau radio..tapi, tak pernahnya siap,,sbb ada aje halangan ( dn halangan paling besar adlh suka bertangguh dn tak tekun )..tup2..dh tarikh tutup pertandingan. Hmm..having said all these, buat aku terfikir plak..entah mcmana boleh tercampak kat 'dentistry' aku pun tak tahu...

ewahh..dlm sakit2 kepala, sambil2 nak siapkan kerja, dh sepanjang ini aku bercerita. Ada org terlelap ke..? Bangun! Dh nak stop dh...Kepala masih sakit, nak gi cari PAnadol. Risau pulak fikirkan elective project aku nih, kelmarin ke UKM Bangi, walupun camp induk ,tapi mcm tpt asing bg aku yg hanya jejak sana sethn sekali ms pesta convo. Bende yg dicari tak dpt, dhlah sesat2 kat situ..kenalah berikhtiar dgn lebih 'ganbatte' lagi..krn masa bergerak laju, kalau aku terhegeh2 lagi, alamatnya mmg tak selamat..okay guys..tata..!

"..life doens't have to be perfect, to be wonderful.."

p/s : 9 sept..ehhe, teringat thn 1999, ramai sungguh org nak kahwin pd tarikh ni,..sbb nakkan angka tarikh tu yg bg mrk jrg dpt jumpa ( 9-9-99). Hm..kalau aku nak mcm tu jugak, nak tunggu thn apa ya...20-07-2007..fuyyo..cop!Hahahaa..'iyo2' je..=p

1 comment:

z.i.l said...

assalamualaikum wbt

salam perkenalan..really admire ur writing style..the contents too..ada bakat besar dlm bidang penulisan..mungkin kena tekun dan serius sikit lagi supaya hasil2 penulisan lebih bermanfaat...