11 May 2006

pencetus kebaikan

Aku pernah tulis belum psl ni..? tak ingat…

Aku selalu percaya, antara tanda Tuhan sayang dan mahu kita sentiasa dlm jalan yg baik, Dia utuskan untuk kita ‘pencetus kebaikan’. Pencetus kebaikan….

Pencetus kebaikan ini boleh dtg dlm mcm-macam rupa. Mungkin dlm bentuk manusia di sekeliling kita, tempat kita berada…bende yg kita lihat..macam2, yg mana adanya benda-benda ni, apabila kita terpandang atau bersama dia, mencetuskan kebaikan dlm diri kita. Ini istilah yg aku bagi sendiri..ikutlah nak namakan apa pun, yg penting ‘bende2’ atau orang2 ini mendorong kita untuk buat perkara kebaikan.

Bila aku kenang2kan balik…rasa sgt bersyukur kerana sentiasa dikelilingi ‘pencetus kebaikan’ ini. Dari kecil sampai sekarang. Dari seorg budak nakal, Tuhan hantar aku ke sekolah agama. Dari seorg budak ‘hingusan’ yg tak tahu apa2, Tuhan aturkan pertemuan dgn org2 tertentu yg jadi ‘pemandu’ aku sehingga aku mampu berdiri sendiri. Org2 yg mana aku jadikan contoh, untuk menjadi muslimah yg lebih baik.

Begitu juga sekarang..aku sentiasa dikelilingi bi’ah atau suasana yg memelihara aku, dlm erti kata tidak ‘sesat’ mengharungi usia remaja. Allah kelilingi aku dgn kawan2 yg mana bersama mereka, aku belajar perkara2 baik. Melihat mereka, aku jd insaf, sedar diri bnyk kekurangan dan bersyukur atas apa yg ada pd aku yg Tuhan beri. Perkara-perkara yg datang dan berlaku dlm hidup juga, bila aku fikir2 balik..semuanya adalah ‘pencetus kebaikan’ untuk aku. Kadang-kadang ..bila aku terpandang sesuatu..dan perkara itu mewujudkan satu rasa yg damai dan membuatkan aku ingat pada Tuhan..itu juga adalah ‘pencetus kebaikan’.

Terima kasih Tuhan…, tak pernah sekali pun Engkau abaikan aku, tak pernah lepas aku dr pengawasan dan kasih sayang-MU. Aku shj yg selalu lupa.

" ..i perceived that God was always near, directing my life, creating the circumstances and opportunities to choose, yet always leaving the crucial choices to me. I was awestruck by the realization of the intimacy and love that reveals, not because we deserve it, but because it is always there and all we have to do is turn to Him to receive it. I cannot say with certainty what the meaning of that vision was, but I could not help seeing in it a sign, a favor, and a new chance.."

- Dr Jeffrey Lang, taken from islamonline.net.

No comments: