12 May 2006

tentang dia

mendongak ke langit
jauh di hati terdetik
mungkinkah di hujung dunia sana
dia sedang memandang ke langit yang sama...?

apabila jiwa bergetar rasa
setiap ruang waktu bergema nama
dalam diam kadang tertanya
tentang aku, terfikirkah dia...

bila melihat rencah seloka dunia
kala terdengar lawak cerita jenaka
segala alkisah ragam manusia
yang berselisih di bahu tertangkap di mata
serentak minda bersuara
"ingin kuceritakan kepadanya.."

kisah silam ku buka
mimpi semalam kurungkai cerita
tentang impian, harapan mendatang
akan kukongsi semua
agar tiada dusta tiada rahsia
menerima segala seadanya

dan kini
bila memandang ke langit merenung bintang
pasti akan terkenang
tentang dia

- 1.00 pagi, 20 april 2006




3 comments:

tm nut said...

manis tutur itu

renungan_hati said...

dalam tutur manis
bersulam kata kesal
seolah tangan dihulur ditepis ke tepi
namun perlahan tepisannya
agar tak tercalar kaca hati yang rapuh

usah mencari ruang yang tertutup
yang tak bisa lagi menakung airmata yang mengalir
kau perlukan timba yang utuh
tali yang putus itu tak usah disambung

dalam riang ku melihat sunyi
antara hendak atau tidak
kelu lidah membongkar rahsia hati
kerna bingung pilihan terbaik

dari jauh kau mengharap yang jauh
walau berlari kau takkan temui
kerana yang jauh kan tetap jauh
moga ia tak membuatkan kau letih berlari
atau untuk berjalan tiada kesanggupan

mengapa tidak kau berhenti
berdiri seketika merenung ke bawah
bukan lagi mendongak
kerana nasib kau adalah pilihan kau sendiri
dan DIA sudah tentukan jawapan bagi setiap pilihan

Moga redha ILAHI terpatri di hati
kerana pencetus kebaikan milikNYA yang abadi

justme said...

..hanya sekadar apresiasi seni jiwa..=]

and..'renungan_hati',,yours is better than mine..=]..

thanks ..like it.