27 January 2005

life's like that

patient tak dtg..nak marah atau tensen, dah tak berkudrat dh..baik dtg menaip dlm ni..

kepala masih terasa sakit, dr mlm semalam, ingatkan sbb tidur tak menentu, tapi bgn paginya masih lagi pening2..kdg2 teringin jugak utk buat mcm sesetgh org yg menetapkan scr rutin waktu2 bgn dan tidur, meanings..tidur mesti pukul 12, bgn mesti pukul 5, sdgkan aku pulak ,ikut suka, ikut rasa, kiranya biological rhythm aku ni mcmana ye..

final exam yr 4 aku lagi sebulan lebih..issk, dh sgt tak lama rsnya, bak kata seorg prof aku, tolak2 tidur, mandi, makan, berjln..dll..tinggal dua hari je. Ngeri jugak kalau difikirkan begitu..=/. LPs tu, bulan 5 nanti , bergelar pelajar tahun akhirlah aku. Dh nak final yr..sungguh dunia ni semakin cepat putaran waktunya. Macam baru smlm, aku terhegeh2 mengheret beg sewaktu pendaftaran pelajar tahun pertama ..tiba2 dh pun di penghujung tahun empat. Hmmm...Dah bersedia ke aku utk berkhidmat dan mengaplikasikan ilmu aku ni kepada masyarakat?

Kdg2aku terfikir, perjalanan hidup aku ni, alangkah begini. Kebanyakannya yg terjadi, aku tak pernah terlintas lansung, dan kebanyakan bende yg aku angan2kan akan berlaku, tidak menjadi kenyataan. Seperti semasa aku menerima panggilan telefon dr kerani sekolah rendah, di akhir thn 1994, memaklumkan yg aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan. Lansung aku tak pernah terfikir akan bermukim di sana 5 thn. Yg ada dlm angan2 aku pd masa itu, ialah menyambung pengajian menengah di sekolah kakak aku.

begitu jugak dgn kehidupan aku sbg pelajar pergigian hari ni. Jika aku imbas kembali,sewaktu ditanya tentang cita2, atau sewaktu menulis maklumat diri dlm borang peribadi di sekolah, bende yg sama aku tulis,' cikgu, pensyarah,penulis,peguam, doktor'. Doktor gigi? Tak pernah terfikir di kepala aku . Rupanya lain perancangan Tuhan utk aku. Menerima sesuatu yg pada aku asing, yg aku tidak punya sebarang perasaan apatah lagi passion yg mendalam terhadapnya, aku tak rasa apa2. Namun alhamdulillah, ..sungguh, tiada yg lebih baik dr ini utk aku. Benarlah seperti maksud Al-quran.." Manusia merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya Allah lah sebaik2 dan sesempurna perancang..".

rupanya beginilah hidup ni, ketidakpastian ttg apa yg akan berlaku esok, menjadikan manusia berusaha, berdoa dan bergantung pengharapan kepada Tuhan. Bersangka baik dgn Tuhan, ..di samping redha dan syukur dengan setiap kurniaan-Nya.. kerana percaya , Tuhan Maha Segala2nya, hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba ciptaan-Nya ini
.

No comments: