17 August 2005

hal surau

atr masalah yg dihadapi di surau awam ( specifically, surau kat Shopping complexes.. =/ ) :

1. kecik yg amat. Sampai kdg2 berlaga2 atr satu sama lain, "engkau tengok aku, aku tengok engkau"...hmm. Bagus jugak kalau pak/mak menteri intai sikit kedhaifan tempat sujud di shopping complex ni. Kalau bangunan lain boleh bina dgn gahnya, apalah salahnya peruntukkan ruang yg baik sikit utk surau. Jangan lupa, selagi mana manusia menggunakan ruang binaan kita tu utk solat, selagi itulah pahalanya mengalir pd kita...

2. kebajikan tak terpelihara. Dengan kotor dan bau yg tak menyenangkan, ditambah pulak telekung yg disediakan ibarat tak pernah menjenguk mesin basuh..hmm, pendek kata, kalau nak khusyuk sket sembahyang, bawaklah telekung sendiri bila keluar.

3. telatah sesetengah manusia, yg kdg2 buatkan aku terfikir, .."alahai..". Dalam ruang sempit, tak perlulah duduk berlama2 untuk berbual, dengan prihatin bangun dan berkalih tempat utk beri ruang kepada org lain pulak utk sembahyang. Itu belum kira yg berbual dgn suara tinggi lagi..( issk, yg mana kdg2 buat aku terasa sgt lah berdosanya aku..kalau aku tak terikut2 sekali dlm 'perbincangan',aku tidak pula melarang. Lantas..sama2 kongsi 'saham'nya... )

4. one more thing, ermm..ni bukan masalah surau sgt, tp since dh berckp ttg surau nih..ill just write along. Aku faham, kain sembahyang surau awam ni mmg agak singkat sikit, jd kita yg menggunakannya kenalah alert dn pandai2 sendiri, utk elakkan dr kaki terdedah semasa sujud. Juga, kepada manusia2 lain yg terlihat kain sembahyang mana2 hamba Allah tersingkap hingga menampakkan kaki mereka, cepat2 tutupkan semula...jgn kita biarkan dan tengok aje, akan tak sah sembahyangnya dan dia kena solat semula.

Wallahu'alam....hari ni tercakap psl ni plak..sekadar komentar aku yg suka mengomen..ehhe..=]. Bye fellas!

2 comments:

Sahalfikri said...

malas aku nak baca komen orang atas tu.entah apa ntah.

ni hah, nak tambah sket if the situation agak susah sgt, stoking kalau pakai ok dah tu. Even nampak kaki but covered by stoking tu masih lagi dikira sah.

Itu yg aku tau.TQ

justme said...

salaam 'sahalfikri'..=]

thanks..ehhe, teringat plak zaman2 sekolah masa uruskan hal2 musolla...