09 August 2005

nak kawan dulu

“ …kami nak kawan dulu..” – adlin aman ramlie

Petikan dari temubual dgn Adlin Aman Ramlie ( ; ] ), dlm akhbar Pancaindera last two weeks. Kan best kalau aku boleh buat statement mcm tu dgn clear dan mudah…kan best kalau aku setelus dan setegas dia. Lebih best kalau orang2 sekeliling faham dan meredhainya, dan tak kecoh2 mengenainya.. Kan best kalau begitu.

Aku rasa begitulah sepatutnya. Kawan - kawan dulu. Kerana melalui perkawanan inilah, kita kenal hati budi, kita boleh bercerita dengan satu sama lain dengan rileks dan terbuka tanpa melibatkan sebarang unsur perasaan.Yang mana melalui berkawan2 ini, masing2 menjadi diri sendiri, tiada berselindung atau nak control macho atau ayu, berkongsi kisah masing2, pendapat dan buah fikiran, bertelagah apabila tidak sekepala dalam isu2 tertentu, dan saling membantu untuk kebaikan bersama. Itulah bahagia dan gembiranya apabila kita berkawan. Dan persahabatan akan berterusan, apa jua akan jadi pada hari esok, yg penting ikatan sebagai kawan sudah ada dan wujud.

Dan melalui persahabatan inilah, keserasian, kesesuaian dan persefahaman dapat kita nilai dan perhati. Melaluinya dapat kita congak2, mungkinkah dapat dianjak kedudukan ‘kawan’ ini ke tangga yg lebih tinggi dan istimewa letaknya? Melalui berkawan juga, kita lebih mengenali diri sendiri, mengamati kepelbagaian ragam manusia di sekeliling kita, dan lebih memahami karenah dunia. Kita juga turut dapat lebih mengenal keluarga dan latar belakang dia. Pendekkan kata yang panjang, segalanya2 bermula dengan kawan.

Jadi..berkawan-kawanlah dulu, samada perkawanan ini membawa kepada perhubungan yang lebih intim atau tidak, sekurang2nya dia telah menjadi kawan kita. Cuma yg menjadi masalahnya ialah mulut2 org yg tak boleh kita nak tutup atau kawal buah butir percakapan mereka. Ada wujud golongan yg hobinya bergossip, dan pantang tengok Adam dan Hawa berkawan rapat, mulalah nak jual cerita. Entahlah ..mulut org, bukan di bawah kawalan kita.


Apa2 pun, ...berkawanlah dulu, ...

8 comments:

me said...

kekadang,nak berkawan dgn ikhlas pun ade org yg tak nak.

This post will be removed by a blog administrator.Trust me..hhe

sape lagi said...

cian aku tengok si 'me said...' tuh. yelah maybe dia ikhlas nak berkawan tapi nape naz tak nak plak?

opss sori, salah topik. sori ye naz.. saje usik. Maklumlah kan kita berkawan.. mmg la suka usik-mengusik.

Camni, ada sket yang tak setuju ngan naz pada ayat akhir.. pasal pompuan n laki kalau kawan rapat je mesti org dok citer itu ini.

Mmg betullah gitu.. bukan sbb mulut sangat tp sbb takde istilah hawa n adam kawan rapat. Nothing less than a couple.

But the way of having such relationship will help u shut up the mouths of those menyibuk people..the way u interact, the way u speak, the way u stare, the way u telling story of 'that fren' will determine how close u r n how serious ur rltionship

Think about it!

justme said...

entahhlahh..i have this problem in me, when i dont feel safe or im uneasy with sthg, i erase it away, or i run ..so, basically, that's what happenned...other than the reason that i dont know who this 'me' person is,..( but yg peliknya, ramai aje readers/commenters yg naz tak kenal..okay2 je naz ngan diorg..)

to whoever this 'me' person, im sorry, no hard feelings okay...=]. There is reason why i removed some comments ( as stated above )..ntah, mungkin sbb rs uncomfortable somewhere in me when i read it. Anyway..u may leave comments, i always welcome civilised comments from ppl. Just stop saying that ur post will be removed by a blog administrator, because it sure will be..=p..peace!

and to 'sape lagi'..=]..hmm..adakah friendship between a guy and woman only occurs because mereka tu 'couple', atau akan jd 'couple'..? come onlah...itu yg buat persahabatan tu sukar...

'rapat' adalah satu bende yg subjektif. How u define 'rapat'? Adakah bila mereka berkepit 24/7, atau berpegang2, bertepuk tampar, atau bila melihat mereka selalu duduk berbual, berbincang sebagai teman bicara..? Definition tu sendiri dh varied...

kalau i elaborate pjg lagi, ehhe, jd satu entry la plak..pantang skett bila dh start menulis nih..=p. Apa2 pun, terpulanglah.. pengertian mcmana yg kita pilih, dan cara kita membawa diri dlm persahabatan tu. Sempadannya kita nak letak di mana, batasnya perlu ada..mana boleh main redah je berkawan2 pun, tak gitu..? =]. Islam kan dh ajar..;]..

but thanks ya..'me' and 'sapa lagi'...;]

me said...

opss,no hard feelings.lgpun,saidina Ali kate,memendam derita itu kebiasaan bg org yg perkasa dan kerananya jelas nilai seorg lelaki..hhe..ape2pun,sokong sgt kalau naz kate lelaki dgn permpuan kena jg pergaulan..sbb tula alam cyber camni lebih mudah jg batas antra lelaki & permpuan kalau berkwn. takyah jumpe slalu.lgpun nabi kate,jgn jumpe lelaki tnpa ade muhrim sbb org ketiganya adalah syaitan.tp,mudah2 camne skali pun,kalau org da taknak,kite takleh pakse...
eh,dah mcm forum perdana lak ni...hhe..
sorry...

kakakimah said...

yo peeps! nak tinggal comment gak la..hangat nih forum perdana nih! ehehe.

in our humble opinion, sgtla x salahnye kan nak berkawan laki ngan pompuan. rapat ke..tak ke..tu hal kedua. takkan la nak berkawan ngan pompuan je. ni bukan all girls school. ( kate2 bekas plajar cbn...wah! )

we believe people our age shud stop discussing petty stuff ie. bising2 kl laki ngan pompuan kawan rapat. instead of straight away looking for the negative aspect, can't we just open our mind and respect that it is their decision to remain friends. islam pun x kasi kite berfikiran buruk psl org kan.

of course, having said that, kite kena la jaga batasan. so, give our friends some credit/ or trust them. pandai2 la mereka jaga diri. masing2 dah besar. dah boleh pk sendri.

yg plg penting, kite sendri kena jaga hati kita dulu. klu hati kite bersih, niat kite betul, insyaAllah..Tuhan akan tunjukkan jln yg betul. x payahla nak dgr ckp org. sbb klu hidup kite ni bersandarkan kpd ape org ckp, sampai bile2 pun we'll never live our own life. and we'll never be happy.

justme said...

wahhh...ni baru 'real' panelist nih...ehhe..go 'kakakimah'!!! =D

neo_gillain said...

saying from my experience..."A guy can have a girl as his best friend" ...believe me...

bukhari said...

'kawan' still a blur relationship laa.. nak kawan but should put in mind that this relationship is just 'kawan'.shouldn't give hope.. and shouldn't have a great hope.. nanti makan hati berulamkan pankreas.payah..:)(panas plak entry nih hehe)