04 December 2005

'biarkan bunga berkembang'

Tengah duduk2 dlm bilik sambil dengar Sinar.fm..( im alwys into oldies songs....=] ), dan tetiba terdengar lagu ni, 'Biarkan Bunga Berkembang' by Broery Marantika. Dan mcm ada satu perasaan yg sgt familiar , mengingatkan aku pada waktu kali pertama mendengar lagu ni.

Masa tu aku Darjah 2 Orkid, di SRK CBN, KL. Tengah 'berhingus' lagi,..dan pada usia 8 tahun tu, dalam fikiran hanya tahu pergi sekolah, main , dapat keputusan yg baik, dan balik rumah. Antara pelajaran yg menarik dan senang, ialah muzik. Masa Drjh 2, belum belajar pegang recorder, cuma belajar menyanyi je. Dan exam muzik lah yg paling mudah, hafal lagu yg diajar, dan nyanyikan dgn gaya dan penuh perasaan dpn cikgu muzik, yg akan tersenyum dan cakap ayat yg sama pd semua pelajar.." very good! ".Lagu2 nya? Hehe..aku rs seluruh kanak2 di Malaysia ni belajar lagu yg sama. Masih ingat lagu2 ni...' Tiga sekawan'..'Burung tiung'. Lagu paling popular ialah 'Ais Kacang'..sheesh..gaya ms nyanyi pun aku ingat lagi. Nak aku tunjuk..? .." bila cuaca panas terasa dahaga, singgah di gerai ais kacang diminta, susu dan jagung, kacang dan lengkong, air gula berwarna..."..

Satu hari ,seorg cikgu pelatih dtg yg mengajar kami muzik untuk beberapa minggu . Seorg cikgu berbangsa Cina, berambut lurus ke bahu. Dia sentiasa membawa gitar dia bersama setiap kali masuk kelas untuk mengajar. Dan kdg2 aku curi2 petik tali gitar dia,..heheh, 'jakunis' la katakan. She would sit on a chair dan kitorg akan duduk bersila di hadapan dia. Cara dia mengajar berbeza dr cikgu muzik lama, mungkin sbb dia generasi baru. Dia perkenalkan not2 muzik..wpun agak boring jugaklah bg kanak2 yg lebih prefer menyanyi sambil membuat gaya2 mengikut cerita lagu berbanding belajar klef trebel, C major, F minor etc.. yg membosankan bg aku pd masa itu. But..her short presence left behind a small memory in my mind. Memory of a song.

I remembered oneday, as she sat on her chair, her long hair swayed behind her shoulder. She taught us this song, ' Biarkan bunga berkembang'. As she sang, i dunno whether it was my imagination , but there was a sheer of happiness on her face, as if the song has a special meaning to her. I never knew that this is actually an old song, originally by 'Broery Marantika'. I only remember it as her song, the one she sang happily in front of me. And weirdly enough,the song kinda stick to my mind. Until now.

So..here's the song... come, sing along with me...

" Biarkan bunga berkembang,
di atas tangkainya,
janganlah diusik sayang,
nanti kan merana..

Bunga berkembang di dalam hati
tak mungkin lagi aku menghindari
kasih dan sayang telah bersemi
diriku seakan bermimpi...

sengaja aku nyanyikan
lagu yang syahdu
selalu aku kenangkan
wajahmu yang ayu..."

- broery marantika ' biarkan bunga berkembang'

1 comment:

liesl said...

I learnt this song too in school many, many years ago.