05 December 2005

mencari BAIK

Selama ni, aku fikir aku dh cukup baik. Baik . Hmmph..berfikir begitu aje cukup untuk menjadikan aku tak baik…

‘Baik’ ..sesuatu yg tak punya parameter nak diukur banyak atau sikitnya. Cakap mudah, dikatakan baik kalau tak buat jahat. Lantas, tak buat jahat yg bagaimana..? tak minum arak? tak bunuh atau rogol orang ? tak pernah langgar peraturan.?

Dikira baik ke.., kalau muka manis senyum di luar, tapi di belakang mencemuh mengata. Dianggap baik ke..., kalau melayan seseorg dgn mesra dan hormat kerana dia berkepentingan untuk kita, tapi buat pandang tak pandang pada orang lain yg tak dapat beri apa-apa keuntungan. Dinilai baik ke...., tangan yg memberi dgn harapan dibalas, tangan yg menerima gembira tapi dalam hati menggerutu benci. Baik ke begitu…

Mungkin ‘baik’ adalah apabila manusia dan segala di sekeliling dilayan dengan ‘hati’. Apabila mata sentiasa mencari dan melihat kebaikan pada diri orang lain. Apabila kita membuat orang biasa rasa istimewa, disayangi dan dihormati, bukan kerana siapa dia, atau atas sebab apa yg kita dapat perolehi daripada dia. Hanya kerana dia manusia seperti kita. Kerana nilai kemanusiaan yg ada.

Apabila kita tak rasa apa yg kita buat tu ‘baik’, tapi kerana itu yg sepatutnya dibuat. Tak rasa nak tunjuk pada orang atau mengharapkan ada mata yg memerhati perlakuan ‘baik’ kita. Barangkali..begitu baru ‘baik’.

Bukan senang kan,… nak mempunyai hati yg baik. Kerana segala tutur kata, tindak-tanduk dan perbuatan adalah hasil cerminan hati. Seketul daging dalam diri manusia, yg jika baik daging itu, baiklah semuanya.

“ when you carry out acts of kindness, you get a wonderful feeling inside. It is as though something inside your body responds and says, ‘ yes, this is how I ought to feel’..”- Harold Kushner.

No comments: