02 December 2005

kaya harta kaya jiwa

Antara petikan wawancara bersama Tan Seri Syed Mokhtar Al- Bukhary, Mingguan Malaysia, 17 Oktober 2004 ..


"..ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun bawah tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.."


" ..kesenangan daripada Allah datang dengan tanggungjawab..."


"..saya buat apa yg tergerak dalam hati dan apa yg tercapai oleh tangan. Saya insaf bahawa diri saya ini tak kekal. Saya hanya seorang hamba Allah yg kalau ditakdirkan hidup hingga 70 thn, umur saya hanya tinggal 17 thn shj..."


" ..beri sedikit masa kepada apa yg hendak diusahakan.."

"..kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran.."

“..saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh membeli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak2 dr luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu cantik. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu org lain merasai apa yg saya pernah rasa. Saya kata pada diri saya, apa yg saya dapat saya mesti beri org lain merasainya sama. Jgn beri kurang daripada itu, lebih tak mengapa. Itu yg buat hati saya seronok..”

"..saya asal dari tak ada apa2. Apa yang saya tak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas & pemalu ini yg orang Melayu kena atasi..”

"..mereka mungkin tak nampak ini sebagai satu kewajipan, kerana mereka tak melalui kesusahan.."

" saya suka nikmat sedikit yg saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar; kalau dapat lebih beri lebih, dapat kurang, beri kurang.."

No comments: