05 April 2006

kerana dah biasa...

Biasanya kita ni, bila dah selesa dengan sesuatu benda, kalau benda tu hilang atau rosak, kita cenderung untuk mencari pengganti yang lebih kurang sama dengan yg hilang tu. Kerana kita dh merasa selesa dengan yg begini, kalau tukar dengan yg begitu karang takut tak berkenan atau tak puas hati pulak.

Kenapa aku tiba2 terfikir psl ni. Sebab tadi, melintas depan bilik kawan, terpadang 2 sandal yg tersusun elok depan bilik dia. Sandal yang serupa tapi tak sama. Serupa kerana corak dan fesyen sandal ni serupa, siap kedua2nya ada bunga di tali. Tak sama maksud aku, kerana bukan dari jenama sandal yg sama. Punyalah nak yg sebijik mcm sandal kegemaran, sampai beli yg rupa saling tak tumpah. Punyalah mahu mengekalkan rasa keselesaan tu. Dan punyalah tak mahu mencuba kelainan atau bende yg baru.

I used to be like that. When im familiar with sthg, to change to sthg else is hard. Example, in buying things, particularly bag. Last time around, if i went shopping for bags, i would go reaching straight for a brown bag, with the design and material almost similar to the previous old,broken bag. If there's no 'brown' bag, ill take the 'black'. If there's no 'black', ill go for 'brown+black' ..trying hard to find a bag who look like a 'photostated' copy from the previous one. Why ? Sbb dh suka sgt dan dh selesa sgt dgn yg tu. Walhal takde salahnya try yg lain, corak lain..warna lain.

And one day, i bought an 'apple-green'-coloured bag, with a totally different design from all my previous bags . Something i never do and not used to doing. The first day i brought the bag to class, rasa sangat canggung dan pelik, rasa bukan mcm diri sendiri. Friends and ppl who alwys see me going around with a 'brown-coloured' bag gave double looks and comments like "...ehh...naz lain hari ni..” or " naz tukar selera ke? ”. Yeap., have to admit that the first few days with the new bag, rs sgt canggung dan tak selesa..rasa mcm semua org tengok, tapi..lama kelamaan perasaan tu jd biasa. Malah sgt suka dan selesa menyandang beg hijau epal tu di bahu. And now, my bags are not only brown in colour, ..there are pink, orange, maroon ....and not forgetting..the 'hijau-epal' bag!!! =D

Kan best bila hidup kita tak terikat kepada satu corak atau warna shj. Tak salah try buat atau beli sesuatu yg di luar kebiasaan kita, ( asal tak melampaui batas lah kan..)..cos it really gives a different feeling bila kita melakukan atau memakai sesuatu yg kita tak biasa buat. Macam perasaan aku mula2 bawa beg hijau epal tu. It feels different..refreshing, like u just stepped out from ur old, rigid self ..and become a different, new person.

In short, a change is good, it prevents u from becoming stagnant. Recalling a quote I once read
“..in matters of principle, stand like a rock; in matters of taste, swim with the current..”- Thomas Jefferson.

1 comment:

Folgore said...

The only difference between ordinary people and EXTRAordinary people is an "EXTRA".

Yg membezakan antara orang biasa dengan orang yg luarbiasa adalah "keluarbiasaan"nya.

Kelainan itulah yg akan menjadikan kita lebih unik dari orang lain.

Umpama sebatang pokok yg besar di tengah2 padang lalang yg luas. Pokok itulah yg menjadi perhatian, bukan lalang2 yg banyak itu.

Tapi kena ingat, pokok itulah yg akan jadi tempat berteduhnya makhluk, tempat bersarangnya burung. Dan pokok itulah juga yg akan jadi target pertama yg akan ditebang oleh pengusaha kayu balak.

Akan ada orang yg suka, dan akan ada orang yg dengki. Itulah hakikatnya, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Apa yg boleh dilakukan, hanyalah berusaha setakat yg termampu..