29 April 2006

kisah cicak


2 tahun menetap dlm bilik ni, sekalipun tak pernah nampak kelibat cicak. Tiba2 malam ni, lagi 2 minggu nak meninggalkan bilik ni..nampak seekor cicak yg masih kecil melekat kat dinding. Aiikkk…

Betapa peliknya serangga, ops, reptilia cicak nih..tiba2 je ade. Mana generasi sebelumnya, ..sbb untuk membolehkan wujudnya cicak kecik nih, mesti ada mak bapaknya kan..? Entah2 dalam almari aku.

Masa kecik2 dulu, pantang nampak cicak. Bersegera panggil ‘askar’2 lain, esp Abe, “… cepat2 , kita bunuh, dpt pahala..”. Lps tu, lintang pukang lari kejar cicak, dan lintang pukang jugak lari sbb geli dgn cicak. Semuanya sbb kisah zaman nabi dulu, yg kononnya disebabkan cicaklah tempat persembunyian Nabi diketahui. Dh nasib engkau cicak…seluruh keturunan dimusuhi.

Kenapa namanya ‘cicak’..? Mungkin sbb bunyinya yg “cukcukcuk” mcm tuh..jd org pertama yg jumpa reptilia ni ( btw..dia reptilia kan.? Taknak pulak berulang sejarah ‘godzilla’..ehhe), dan terfikir apa nama binatang nih.. dengar bunyi “cukcukcuk " terus namakan mcm tu. Mungkin jugak dulu, asal namanya “cukcuk”..tapi lama2, dr satu mulut manusia ke manusia, mcm main “bisik2/telefon buruk” masa zaman kanak2 dulu..dr ‘cukcuk’ akhirnya jd ‘cicak’. Hmm.. possible.

..still fikir, mana dtgnya cicak kecik nih…



( inilah yg berlaku bila mata tak boleh tidur di tgh malam, baca ortho sambil dgr lagu " take me to ur heart" for the zillionth time, dan terpandang cicak merayap kat dinding..haihh, bertemankan cicak nilah aku mlm ni..Isskk...cepatlah habis exam!!!!! )


3 comments:

imah said...

hahaha!!!

justme said...

heheh..dh berjaya menghalau cicak tu keluar..sbb dia asyik menghendap tepi jag air..=/

concerned said...

Agaknya anak cicak tu tau you akan tinggalkan bilik tu .... Jadia dia nak renung wajah you puas puas .. sebab 2 mingggu lagi you tak ada lagi disitu. Dan rasanya ... tu cicak jantan remaja kot.