29 October 2005

majlis ilmu

hari tu, aku dan dua org kwn baik berpeluang utk dengar satu forum Ramadhan yg diadakan lepas solat tarawikh. Tahun ni, solat tarawikh terakhir aku di kolej yg dh pun aku duduki hampir 5 thn sbg pelajar ( wuih..pejam celik je kan hidup nih, pantasnya smpi tak terasa masa berlalu..)insyaAllah...thn depan kat mana pulak aku berterawikh. Di kolej aku, kami bertarawikh di surau lelaki. Peliknya,.bila dibuat di surau lelaki, ramai je muslimah turun..kalau buat kat musolla asrama prpmn, tak seramai mana..ehhe. Pada pdpt peribadi penulis-lah, mungkin disbbkan faktor lebih 'best' berimamkan org lelaki, lebih terasa bersolat tarawikh di bulan Ramadhan dgn keramaian suara sahutan selawat, ditambah pulak surau lelaki yg lebih luas dan selesa. And speaking of imam nih, aku sgt kagum dgn imam yg mengepalai jemaah kami setiap malam. Kefasihan dan kelancarannya menghafal surah2 Al-Quran..dan mampu mengalunkannya dgn baik, boleh membuatkan org yg mendengar rs nak menitis airmata. Student tahfiz agaknya...

sebenarnya bukan itu yg aku nak cerita. Psl forum Ramadhan yg disampaikan oleh 3 org panel. 2 org panel yg pertama, bercerita dgn gaya yg cukup hebat, ditambah lagi dengan lawak2 jenaka yg membuatkan hadirin gelak bagai nak pecah perut. Beza dengan panel ketiga, yg mana penampilannya jugak agak 'kurang gah', dengan susuk tubuh yg lebih kecil, nampak 'terlindung' dibandingkan 2 panel yg awal. Tapi, aku rasa panel ketiga paling berjaya 'mengikat' aku, terus khusyuk mendengar sehingga habis, paling berkesan dlm menyampaikan apa yg ingin disampaikan. Beliau sgt bersahaja, suara nya biasa je, takde intonasi2 tinggi rendah seorg penceramah, lebih seperti gaya seorg ustaz mengajar agama dlm kelas. Dan dia jugak tak berlawak jenaka, cuma sekali2 disulam tawa dan gurau. Anehnya..dia yg lebih menarik perhatian aku sbg pendengar..

Teringat pada Ustaz Zulkifli, yg dtg berceramah ketika aku masih di Smapl. Sama jugak senarionya, penceramah pertama, berceramah sehingga menyebabkan dewan gegak gempita dgn ketawa. Tp, penceramah kedua, yg tampil lebih 'senyap', memukau seluruh dewan sehingga terdiam mendengarkan kata2 yg keluar mulutnya. Kelancarannya menyebut hadis2, gaya dan suaranya yg tenang dlm menyampaikan ilmu,..sedar tak sedar mata basah. Sehabis ceramah, aku dan Asma'a berkejar mendapatkan Ustaz yg berjalan pantas2 ni. Aku cuma temankan Asma'a yg nk bertanya soalan, dan mengambil kesempatan melihat wajah tenangnya dr dekat. Pada aku dia berjaya, meninggalkan kesan sikit kalau tak bnyk dlm hati yg mendengar. Ehhe..aku dan asm'aa siap ambil autograph dia..mesti konfius ustaz seorg ni, apsallah kitorg gi ambil signature dan no tel dia..ehhe..

ringkasnya, tak perlu tarik perhatian org utk mendengar apa yg ingin kita kata dgn lawak2 jenaka yg ada antaranya pada hemat aku, sudah agak berlebihan...terutama jika ia majlis ilmu agama. Sehingga org balik dr ceramah, lebih ingat lawaknya dr buah ilmu yg disampaikan. Sehingga kadang2 aku rasa, hanya dpt ketawa shj, tapi isinya takde. Berlawak bergurau tak salah, malah perlu utk elakkan hadirin mengantuk atau keadaan jd terlalu formal dan serius, tapi jgnlah lawak jenaka tu pulak lebih hebat dr pokok ilmu yg nak diutarakan. And subtle jokes are much more preferable, rather than lawak2 yg kita boleh dgr di kedai kopi.

oohh..serius plak aku mlm ni ehh. Dh lama nak ckp psl topik nih..cuma tak tahu nak mula dan tutup mcm mana. Aku tak condemn atau critic sesapa, just voicing out what i feel. What i personally think how it should be. Pun begitu , aku faham..lain org, lainlah caranya..kan..? Cuma, yelah..there's always room for improvements, and im saying this mostly to myself..( berckp pandai, beban ditanggung kat bahu aku yg berckp nih..sapa nak jwb..)

oklah..lain kali plak..selamat ye semua..bye!

6 comments:

Shafiq Ayman said...

When I was in Syria, I visited the mosque of Sheikh Said Ramadan al-Bouti, a renowned scholar of Damascus, the writer of Fiqh Sirah(Islamic history book).He's not a charismatic man, nor an orator.You can't expect any jokes when he's delivering his kuliyya.But his 5 storey mosque in Damascus are always full with students and Syrian folks from all walk of life.The only secret that he used to mention to his student about capturing people's attention is SINCERITY.A heart that is sincere,clean,free from spritual filth and illnesses contain a tremendous amount of Nur.And what comes from this kind of heart will certainly penetrate others.Don't you think so?

justme said...

hmm..i think that's the only way to explain how captivating some speakers are, despite their ordinary demeanour..

maybe..what comes from the heart, go straight to other hearts..

Shafiq Ayman said...

Was the ustaz that you mentioned, Ustaz Zulkifli al-Bakri?He's a senior lecturer in UNITI, NSembilan.Graduated in University of Madinah and gained MA from one the university in Damascus, Syria.He was always invited in forums, especially al-Kulliyah (TV3).During his time in Damascus, he used to learn from various 'Syuyukh' and top scholars of Sham.Among them are Dr Salih Farfur, Sodiq Habannakah, Said Ramadan al-Bouti and Wahbah Zuhaily.I won't be surprised if he shared the same trait of Dr Said Ramadan al-Bouti.....

justme said...

yes..yes, i think we are talking about the same person, becos i remembered he told me that he was teaching at UNITI, neg sembilan as he was signing my book...hmm..

well, like what the 'teh BOH' advertisment says.." good things grow " ('yg baik berterusan')..=]

Shafiq Ayman said...

huhuhu....sorry but please dont use malaysian advertisement's qoutation here.I was not in Msia for a looong time.Can't understand the jokes.hehehehe.....(never seen the advert anyway).Salam 'Idul Fitr dari Dublin.....

justme said...

lohh..ye ke, anyway nak buat correction, bukan iklan teh BOH, tp teh Lipton..mixed up plak..