07 October 2005

malam 1 Ramadhan

Malam 1 Ramadhan. Hmm..seperti thn2 sebelumnya, sentiasa nak mulakan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Setulus mungkin. Dan malam 1 Ramadhan melahirkan satu perasaan yg tersendiri, rasa semangat utk jadi manusia yg lebih baik, rasa sayu dan gembira beraduk2..YA Allah, bantulah kami memuliakan Ramadhan- Mu. Tidak tahu masih panjangkah usia, utk bertemu Ramadhan yg seterusnya, sedang Ramdhan yg lalu disia2kan begitu shj.

Jika semasa kanak2 dulu, tak tahu dan tak faham kebesaran bulan ini, hanya tahu seronok nak puasa shj. Ralit mengikut siri drama Ramadhan di TV ( rumah kedai , siti zubaidah, wardah etc..). Seronok menghadap juadah berbuka di rumah yg sgt istimewa, hanya bulan puasa shj dihidangkan. Suka menghitung kad raya yg diterima, dan akan banding2 kan dgn adik beradik yg lain siapa dpt paling bnyk. Tak sabar menunggu hari di mana proses membuat biskut raya bermula, yg mana rumah akan berbau telur dan kuih. Berdebar menanti saat pengumuman tarikh hari raya puasa dan mendengar takbir, dan tak ketinggalan akan mengatur senarai rancangan hari raya yg nak ditonton. Alahai….

Dan kini, Ramadhan disambut dgn perasaan gembira yg sama, cuma dgn pengertian yg lebih berbeza. Menyedari keberkatan dan kelebihan bulan yg hanya dtg bertandang sekali sethn bersama peluang ganjaran yg berlipat ganda . Memahami hakikat Ramadhan yg menjanjikan keampunan Allah, rahmat- Nya, dan pelepasan dari api neraka buat hamba2 yg berpuasa. Menginsafi betapa ruginya diri jika membiarkan Ramadhan berlalu tanpa beza dr bulan2 yg lain. Dan mensyukuri nikmat dan kurniaan Allah, menciptakan Ramadhan buat hamba2- Nya.

Mari…kita hidupkan Ramadhan..!


"..given time, wisdom steps in.. " - quoted from a friend..(thank u..=] )

No comments: