30 January 2005

pursuing love..

Mama pernah cakap begini “..kalau dia betul2 nakkan kita, dia akan berusaha …”. Ringkas kata2 mama, tapi mendalam maksud dia. Masa tu kat dapur, aku ni mana ade rahsia dgn mama, semuanya mama tahu, tak sangka pulak omongan kosong aku dgnnya hari tu, membuatkan aku sentiasa terfikirkan kata2 ni.

Benarkah begitu? Jadi, kalau si lelaki hanya diam membisu tanpa reaksi , maksudnya dia tidak bersungguh hendakkan si perempuan ? Pada mama, kumbang yg harus terbang ke arah bunga, dambakan madunya, bukan sebaliknya. Sumbang barangkali di mata mama, jika bunga yang terhegeh2 mahukan perhatian kumbang. Cela kah di mata generasi mama andai si dara yang terlebih dahulu menghulur tangan ?

Tapi pandangan kakak aku beza pula, ..menurut kakak, zaman sekarang, zaman globalisasi, zaman semua org bergerak pantas dan saling bersaing, kalau masih berfikiran lelaki yang harus mulakan dulu, alamatnya di takuk itu tak majulah kita. Dunia hari ini bukan lagi seperti zaman dulu, yang mana perempuan hanya menerima apa yg diberi dan akur mengangguk, hari ni perempuan terpelajar tinggi, luas pergaulan, tajam pandangan lantas menjadikan kita punya pilihan yang banyak. Jika dahulu frasa paling popular ialah “ perempuan, belajar tinggi mana pun, balik ceruk dapur jugak.”, tapi kini…perempuan dan lelaki sama hebat dan sama naik. Dapur, dapur juga, anak, anak juga..tapi bukan sekadar di situ sahaja peranan wanita hari ni, itu yg pasti.

Hmm...walau aku akui kebenaran kata2 kakak,..( and by the way, ayah aku pun bersetuju dgn kakak, now who's in the older generation nih, aku ke ayah..?!) dlm masa yg sama, aku juga kena akui yg dlm hal ni, aku agak kolot dan konservatif. Teringat plak lagu Ruffedge.. "...kita lakukan dgn cara yg lama.."..=]. Any comments on this , dear readers..?


Well..i rather keep my mouth shut. Let time tell...

Belum tersurat dalam hikayat,
Ayam keluar mencari musang,
Belum tersirat di dalam adat,
Bunga keluar mencari kumbang.

- lagu Siti Nurhaliza, one of my favourite..





1 comment:

tm nut said...

mungkin kita takkan setanding mereka, tapi siti khadijah might as well ring a bell. mungkin ada sesuatu yg bunga boleh lakukan. it doesn't matter who starts, it's about making it started when the time comes.

To love someone is to learn the song
that is in their heart,
and to sing to them when they have forgotten-anonymous-