06 February 2006

aku, kau berbeza

antara perkara yg kita tak berupaya untuk kawal, atau perlakukan agar mengikut kehendak kita ialah perwatakan atau personaliti manusia lain. Ayat yg aku selalu sebut.." lain orang, lain lah kan..". Sekali-sekala akan tercabar kesabaran, akan berlaku terasa hati, tersinggung, dan kdg2 mungkin menyebabkan terdetik dlm hati, yg kita lebih baik dari dia..( which sgtlah tak baik utk fikir mcm ni kann..).Walau mcmana kita nak jaga hati kita, perasaan kita..kdg2 ter'jejas' jugak..kerana kita pun manusia.

once, mama pernah ckp.." jgn cepat nak mengatakan org2 yg masam muka, bengis dan kasar, sebagai tak baik, atau merasakan kita ni lebih baik dr mereka. Mungkin mereka pun tak nak begitu. Mungkin mereka pun nak tersenyum jugak, nak jugak ramah bertegur sapa dgn org lain, tapi karekter mereka yg kasar dan dingin menjadikan mereka tidak begitu mudah dirapati. Perangai adlh sesuatu yg sukar nak diubah dlm sehari dua, ..". Setiap kali aku berhadapan dgn org2 begini, aku akan teringat kata2 mama ni, jadi aku takkan terasa hati atau bersangka buruk dgn dia. Kadang2 aku akan fikir, sebenarnya org ni nak senyum kat aku, nak buat baik pd aku, tapi cuma dh mmg perangai dia macam tu..jd , biar jelah..It will make me feel better after that.

Cuma yg buat aku sedikit 'takut', adalah dengan sikap manusia yang lahiriahnya rapat dan baik dengan kita, tapi punya hati yg tidak baik. Aku ingat selama ini hanya dlm drama2 dan novel2 je wujud manusia mcm ni, rupanya sekeliling kita pun ada yg 'luar jernih dlm keruh'. Sedaya upaya kita nak pikir baik ttg dia, nak bersangka baik, tapi..hmm,... apa yg kita boleh buat ialah elakkan dan jauhkan diri dr org mcm ni. Sbb takkan selamat dan takkan bahagia. Manusia yg berdengki, hati penuh iri dan tak puas hati melihat kelebihan atau kejayaan manusia lain..pada aku, org2 begini bahaya dibuat kawan. Bisa 'makan' kita dlm diam.

Dan sepanjang usia aku, ( yg takdelah tua sgt lagi nih..ehhe, ), drpd pengalaman bergaul dan melihat manusia2 lain, sikit2 aku belajar. Dan aku bersyukur sentiasa ada ahli keluarga di sekeliling yg 'guard' aku dr manusia2 dan keadaan yg 'mencurigakan'. Aku sudah belajar, tak semua org yg dabik dada mengaku kawan, adalah 'sebenar kawan'. Aku perlahan2 mengerti, tak semua manusia dalam dunia punya niat baik, tak semua orang kita boleh letakkan kepercayaan dan dunia tak seindah dan se'selamat' yang kita harapkan. Kebaikan yang kita kongsikan dengan manusia lain, tak semestinya mereka memulangkan dalam bentuk yg serupa, kerana manusia berbeza, hati perut kita tak sama. Apa yg kita boleh buat,ialah terus berbuat kebaikan, dan dalam masa yang sama percaya Tuhan sentiasa melindungi dan melimpahkan kita dengan perkara2 baik juga.

How did i get to here..? tulah akibatnya kalau mcm2 yg difikirkan.

hmm..kemahiran 'membaca' niat di sebalik wajah luaran orang nilah yang aku belum mahir, nasib baik ada org2 mahir sekeliling aku yg akan peringatkan..
"... jangan kak, danger!.."

Percaya kepada gut instinct.

No comments: