19 February 2006

maju,.Islam..maju

.." islam itu mudah, lagi memudahkan.."

Aku ada seorg kenalan..( ermm, not really kenalan,xdelah kenal sgt pun..how to say it..kenalan lah..). This guy, the kind that pada aku, need some 'help'.. a help that has to come from himself. To go and seek the truth, utk jd org yg lebih berfikir..dan bukan ikut dan main terima je bulat2. Tapi, susah nak ckp dgn org, krn tak semua org sama, dikurniakan peluang utk belajar dan kefahaman. Faktor latarbelakang, taraf pendidikan, sosio-ekonomi..etc, environmental factor yg membentuk pemikiran dan personaliti seseorg. Keterbukaan kita dlm berfikir dan menimbangkan sesuatu perkara. Faham ke apa aku cuba cakap..?

"..Saya sentiasa berdoa pd Tuhan, agar jadikanlah saya ni org miskin dan tak berharta.."
"..Saya pergi sembahyang raya, semua org tengok saya. Sbb saya pakai baju koyak-rabak. Buat apa pakai lawa2, ..nanti mendatangkan rasa bangga diri dan riya' dlm hati.."
"...Nabi tak suka pakai warna terang2 ni..."
Astaghfirullah..inilah dia pemahaman yg silap, konsep yg salah..yg menjadikan Islam ni nampak mundur, 'bodoh dan lemah'..hina di mata org. Dan yg menyedihkan lagi, org yg berfahaman seperti ini, seorg pendakwah bebas yg menyebarkan fahaman yg tak betul ni kepada org2 yg baru berjinak2 nak faham agama. Lantas..kesan dan akibatnya...yg tak tahu terus tak tahu, yg salah fhm akan lebih keliru.

Masalahnya, bila manusia merasakan dia-lah yg betul dan benar, pandangan org lain salah. Cara hidup org 'kaya dan berharta' ni berdosa. Bila terlalu ramai org dabik dada mengaku ilmuwan ISlam, 'alim ulamak dalam hal2 agama...sehingga tak mahu ditegur dan buka hati dan minda sendiri.Bukankah Islam menganjurkan kita sentiasa memajukan diri dan terus menuntut ilmu. Bukan dh habis baca satu kitab, terus dakwa diri hebat. Aku tak boleh nak ckp bnyk dgn dia ni, sbb panas hati. Geram dgn sikap 'bodoh sombong', tapi dlm masa kesiankan dia jugak. Bila nak maju kalau berfikiran begitu.

Kerana fahaman2 yg silap seperti ini, Islam org tak hormat. Kerana org2 begini, yg lebih mengambil berat hal titik-bengik, dan bukannya isu2 yg lebih penting dan pokok seperti mencari jalan utk menjadi Islam yg lebih disegani..lahirlah golongan yg 'taksub' tak tentu hala, yg mana malangnya golongan2 begini yg lebih disuluh media. Dan akhirannya..Islam jugak yg diserong pandang.

Hidup di dunia seterbaik mungkin, kerana Tuhan tidak ciptakan kita dengan sia-sia. Kehidupan di dunia adalah untuk mencari bekalan ke akhirat. Tuhan tak larang hamba-Nya mencari harta,asalkan jalannya tidak salah dan rezeki yg dicari halal. Sekiranya kita dikurniakan Tuhan harta kemewahan, kita bersyukur dan kita gunakan untuk menjadi manusia yg lebih baik dan dapat membantu manusia lain dgn kelebihan yg kita ada. Sekiranya kita dilahirkan miskin dan susah, redha dan bersyukur jugak, krn msh ada org yg jauhh lebih susah dr kita, dan terus berusaha dgn kudrat yg ada utk majukan diri dan keluarga.( im telling this mostly to myself nih..)

Muslim yg lebih baik antara kamu, ialah yg dapat memberi kemudahan ( membantu ) manusia lain..- err,.. nanti aku check balik, x sure plak full sentence nye..lebih kurg mcm nilah maksud dia.

"...Kalau kita ni bukan orang yg kaya raya atau mewah, cukuplah kita hidup dengan tidak menyusahkan orang lain.." - ayah.

2 comments:

Adi Ramli said...

Nasib baik ngko yg jumpa dia.. Kalau aku, tangan nih dah ringan dah nak tempeleng dia.. Wahahahahah!! Ada satu tips yg org ajar aku kalau jumpa org yg jenis mcm ko ckp tuh. Bila dia dok berceramah, telinga takyah dengar, fokus pada kerja yg kita buat, dalam masa yg sama, kia reply ceramah dia yg panjang2 tuh dengan 3 ayat:

1) "Ya.. Ya.."
2) "Ooohh.."
3) "Teruskan.. Teruskan.."

Bila ini je yg diulang sbg reply, last2 dia muak, dia berhenti la.. I have try it.. And it really works..!! Try it yourself.. Bwahahahah!!

justme said...

sebenarnya kan..rasa kesian tu lebih dr rasa 'geram'..hopefully things are becoming clearer and better for him..