02 June 2006

hanya perlu faham


Hmm..pukul 2.00 pg , terfikir ttg nih.

Bila kita faham kenapa dia bersikap begitu..kita takkan cepat nak menghukum.
Bila kita faham kenapa manusia kadang2 begini, kadang2 begitu,.. kita takkan cepat nak melatah.
Bila kita faham, kita akan tahu cara terbaik untuk menghadapi keadaan dan tidak mengeruhkannya.

Banyak masalah berlaku bila kita tidak faham. Contoh, Maths. Kalau tak faham konsep, memang tak boleh jawab (ask the expert..=/). Tapi, kalau kita faham asasnya, hulurlah soalan mcmana pun, kita boleh jawab dengan mudah.

Sama juga kesnya dalam perhubungan kita sesama manusia. Kadang-kadang tak perlu penjelasan yg panjang berjela. Juga tak perlu nak dipersoalkan kenapa, mengapa..atau bentak2 bila kemahuan tak dipenuhi..apabila kita sudah faham dan mengerti. Kalau tak berapa faham, cuba untuk faham. Belajar untuk faham.

Bila sesekali melihat org yg hampir dgn kita bermuka keruh dan naik suara, cuba fahami situasi sukarnya.
Bila perasaan kejap naik kejap turun, faham bahawa kejadian ‘hati’ ni begitu dan bertindak untuk mengawalnya.
Dan bila berlaku sesuatu di luar kemahuan dan perancangan kita, fahami juga bahawa hakikat dunia ni begitulah.


Kalau lah semua manusia saling faham dan berbaik sangka... mungkin juga dunia akan lebih aman.




p/s :..ehheh, tiba2 bercakap psl nih, sesuatu yg selama ni aku hanya fikir sorg2. Memang bercakap lebih mudah, dan untuk betul2 menjadi org yg memahami bukan sesenang itu..tapi kita boleh berusaha..jd , usaha..!



1 comment:

Adi Ramli said...

Kefahaman bersangkutan dengan ilmu.
Ilmu bersangkutan dengan cara penerimaan.
Cara penerimaan bersangkutan dengan corak pemikiran.
Corak pemikiran bersangkutan dengan keterbukaan.

Sekadar pandangan..
Tak semestinya betul..