24 June 2006

kalau dh bukan 'rezeki'...


Aku sentiasa sudah ada gambaran awal bende yg aku nak dlm kepala. Contohnya, kalau nak beli sandal. Dalam kepala aku, gambaran sandal yang aku inginkan tu dah ada, nak yg jenis mcm ni, rupa begini. Dan aku akan cari sehingga jumpa sandal yg menyamai ciri-ciri yg aku dh bayangkan ni. Dan bila aku kata 'cari' ..aku memang cari. Tu pasal , kalau dah set dalam kepala nak 'shoe-hunting', aku lagi suka keluar sendiri. Sebab tak nak menyusahkan kawan2 yg akan kepenatan melayan' kedegilan' aku ni.. Baik keluar sendiri, cari sampai puas hati.

Dan setiap kedai kasut yang aku masuk, mata akan perhati deretan sandal2 yg ada. Bila ada yg menyerupai gambaran sandal yg aku dh lakar dlm kepala, aku akan belek, try pakai, nilai harga, dan ambil kira keselesaan. Kadang-kadang 'yg cantik di mata, tak selesa di kaki'. Dan pendapat orang pun takkan sama dengan kehendak hati kita. Aku biasanya takkan terus beli. Aku akan masuk kedai2 kasut yg lain, buat comparison pros-cons utk sandal2 yg dh di'short-list'kan. Lepas tu baru akan beli. Dan biasanya..aku akan puas hati dan takkan menyesal. Kerana itu pilihan aku yang telah aku pertimbangkan justifikasi pembeliannya.

Dan kdg2 kerana terlalu berhati-hati dlm membeli, aku tak terus beli sbb nak fikir dulu. Mungkin faktor duit belum cukup, mungkin sebab takut ikut nafsu membeli je. Dan akan dtg pada hari yg lain utk beli. Pernah berlaku, bila aku dah cukup duit, dan dah memang determined nak beli..tengok-tengok dah takde sandal tuh. Memang rasa sangat terkilan, sebab aku dh jumpa sesuatu yang aku suka, tapi tak bertindak segera untuk memilikinya. Akan salahkan diri sendiri, kerana ambil masa lama sangat untuk buat keputusan. Walhal hakikat sebenarnya...sandal itu dah memang tertulis bukan 'rezeki' aku.

Ini baru nak membeli sandal, kalau nak memilih sesuatu yang lebih bernilai dan berharga..apatah lagi.

hmm....Tadi shopping sandal. Sepanjang sesi 'sandal-hunting' berseorangan, bnyk bende boleh difikir. Antara kebaikannya bersendiri, kerana kita akan diam. Bila diam, banyak bende fikir.

Ada org pernah kata.." kalau dah memang bukan rezeki kita, makanan dalam mulut pun lagikan terkeluar.." . Nak dipegang kemas mana pun, nak diikat rantai sekali pun, kalau dah bukan 'rezeki' kita,..tetap bukan rezeki kita.

Cuma..bila kita dah jumpa sesuatu yang buat kita fikir.." yeap..this is it. ". The search has finally come to an end. Yang membuatkan kita rasa tak nak melepaskannya selagi ada kudrat kita. Kerana kita rasa kita dah jumpa apa yg kita cari-cari selama ini.

Kerana perasaan yang melimpah-ruah begini, kadang-kadang kita jadi terlupa, keupayaan kita yang terbatas sebagai manusia. Kita boleh merancang, boleh memasang angan-angan, boleh merangka perjalanan masa depan..sedangkan penentunya adalah DIA, Tuhan yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya. Bila sesuatu berlaku yang...errr , ..terasa macam Tuhan nak 'ketuk' sikit kepala hamba yang terlalu asyik menganyam mimpi agar kembali berpijak di bumi. Agar tidak alpa hakikat masa depan yg masih belum pasti. Hmmm...

Percaya apa juga yang akan berlaku esok adalah yang terbaik. Kita boleh usaha, berdoa dan bertawakkal..selebihnya kita serahkan pada Tuhan. Dan sentiasa berbaik-sangka pada-Nya, kerana TUhan menyertai sangkaan hamba-hamba-Nya.



No comments: