18 March 2005

evils of the world

Aku rasa dunia hari ni dah tak selamat lagi. Nak percaya pada orang selain keluarga dan kwn rapat, terasa macam nak serah nyawa pada buaya, tak pun naga, tak pun dinosaur.Apa nak jadi dgn manusia hari ni..!?

Tak hilang lagi kegusaran aku tentang kes remaja perempuan, yang diculik oleh seorg lelaki, yg kononnya nak tanya jalan, rupanya MUSANG bertopengkan manusia yg pergi menarik budak tak berdosa tu ke dlm kereta dia. Nasib baik budaknya cekap dan terjun keluar, kalau aku kat tpt dia, aku ketuk dulu kepala lelaki jahat lagi tak berguna tu sekuat2nya, baru aku terjun keluar..( ceee..berckp senanglah, cik justme ooi, mcm berani sgt je aku ni.).Dan tadi, masa aku turun nak telefon rumah, terdengar berita di TV ttg seorg perompak yg menikam budak berumur 3-4 thn , selepas cuba utk meragut rantai emas dia, lps tu pi tikam pulak emak budak tu. Huh..?!..Tu manusia ke apa? Kat mana letaknya rasa simpati, takkan takde sekelumit rasa kemanusiaan..? Nasib baik kedua2nya selamat. Tapi semua2 berita mcm ni, kalau takde utk hidangan kita hari2 dlm akhbar, macam tak sah. Kiranya hari2 ade aje kes ragut, rogol, ..dan ntahapa2 lagi. Hangat betul aku ni, apa kejadahnya manusia2 ni .? =[.Terasa mcm edisi siasat pulak..but seriously..aku mmg tak faham. What is wrong, what went wrong ? Is there sthg missing in our education system, or a failure in the family institution..? Come on, everyone ,,.think! =[

Aku rasa kan, elok belajar karate lah, dan nak cadangkan pada Kementerian Pendidikan utk wajibkan pelajaran Karate ni pada semua student. Hmm..not a bad idea.

Entahlah..if I don’t stop now, perasaan geram, marah yg meluap2 terhadap org2 jahat seluruh dunia ni, boleh buat aku naik darah tinggi pulak nanti. Kalau ade org2 golongan itu yg happens to bump into my blog and read this,..tolonglah, kalau pun dh tak ingat Tuhan sgt, fikirlah, kalau itu adik, isteri atau emak kamu, tergamak ke, sanggup ke diperlakukan mcm tu? Tolong pupuk sikit sifat kemanusiaan, kalau tak pi join binatang2 dlm hutan atau zoo..entah haiwan2 tu semua pun tak ingin nak dok sekali …!..Serious membara ni…

Okay..relax, tarik nafas. Rationally thinking and speaking, a very serious action has to be taken, tak kisahlah, by the government ke NGO ke, to curb this ‘disease’ from getting worse. Or else, apa gunanya canang2kan serata dunia ‘Malaysia Boleh’, kalau basic things mcm membentuk akhlak dan moral, simple ethics in life, kita tak boleh nak buat. Tapi yelah..aku kena akui, hakikat dunia ni macam ni. Teringat sekali aku berckp ttg hal ni dgn ayah, mudah je ayah ckp " Biasalah , hidup ni mmg Tuhan buat, ada yg baik, ada yg jahat. Dari zaman nabi lagi, dh ade Firaun, Abu Jahal, org2 kafir ..yg dok lawan nabi…untuk buat pengajaran dan peringatan bagi manusia2 lain.”. Wah..org lelaki mmg Tuhan anugerahkan dgn kerasionalan begitu, compared to us women, yg tend utk go emotional dulu lps tu baru nak fikir.

Okaylah..gtg. Doakan keselamatan kita semua yaa..dan utk2 org2 jahat, henti2kan lah! ( tak habis lagi tu…heheh )

“ ..orang yg ingin berzina, tidak akan melakukan zina dlm keadaan sempurna imannya. Orang yang ingin mencuri atau merompak, tidak akan melakukan itu semua dalam keadaan sempurna imannya..”- petikan dr kata2 yg selalu didengarkan dlm Radio IKIM.fm.

Ringkasnya..agamalah pokok pangkalnya.

No comments: