16 March 2005

tawakkal

Rasa macam nak demam. Kepala pun dh berat semacam. Kena tulis dulu.

Dah lama tak rasa macam ni, keadaan yg bukan selalu dirasa. Apa2 pun, aku pasrah. Nak buat macamana, benda dah buat, dah hantar pun kertasnya. Cuma tinggal doa dan tawakal shj lah sbg usaha.

Buat aku terfikir, apa hikmahnya di sebalik semua ini. Tuhan sentiasa nak tolong hamba- Nya, seperti yg pernah aku ceritakan dlm blog aku sblm ni, pertolongan Tuhan dtg dlm plbgi cara. Dan salah satu dr caranya, aku selalu percaya, dgn hadir satu perasaan yg kuat utk kita buka dan tengok ttg sesuatu topic tu sblm masuk dewan, rupa2 nya itulah topic yg ditanya. Tapi, hamba ni, selayaknya hamba..seringkali lupa, pertolongan dtg kalau tak peka, ..atau anggap takde apa2..terlepas begitu shj .

Terima kasih Tuhan, krn tak pernah lupakan aku, walaupun aku selalu shj usaha last minute.
Terima kasih Tuhan, krn sentiasa memberikan pertolongan – Mu, walhal aku ni tak layak nak menerimanya.
Terima kasih Tuhan,.. kerana buat aku sedar..hidup ni perlu bersedia utk yg tak dijangka.
Terima kasih Tuhan. kerana sentiasa ingatkan aku, bahawa semuanya dtg dari –Mu.

Tgh2 bersedih nih, dtg msg dr seorg kawan yg aku rasa..antara wanita terbaik yg aku pernah jumpa setakat hari ni, syukurnya aku jadi kwn dia. Dan dia jugaklah antara ‘pencetus kebaikan ‘ dlm hidup aku nih..Aku nak kongsikan kat sini..apa yg baru aku dapat dr dia..

“Semoga ketenangan bersama-sama kita, setiap kesusahan pasti terasa berat ditanggung, tapi bila mengenangkan SIAPA yang MEMBERI kesusahan itu, yang berat jadi ringan kerana mengetahui kita masih dalam perhatian-Nya..”

No comments: