12 December 2004

allergic to....

When allergy strikes, ..=[..

Mama pernah pesan, satu masa dulu, sewaktu aku merungut2 ttg allergy aku, yg dtg dan perginya ikut suka hati dia..mama cakap " Bersyukurlah kak, org lain penyakit dia jauh lebih teruk dr kita, boleh buat mati, cacat tubuh badan, ...kita ni apalah sgt nak dibandingkan dgn penderitaan org lain" Terus aku senyap, betul jugak kata mama. Cuma, entahlah..dlm aku sedar dan tahu, masih jugak nak berkeluh kesah dlm hati.

Teringat sejenak kata2 ayah jugak. Aku bersyukur satu benda, alhamdulillah, aku berpeluang utk bnyk berbual, heart-to-heart-talk dgn mama dan ayah aku. Mungkin sbb aku anak mereka yg sudah agak dws yg tak pernah pergi jauh sgt dr mereka..( heheh..). Banyak nya berlansung atas kereta, dlm perjalanan bersama mereka. Dan aku sgt2 hargai setiap waktu perbualan ni, aku simpan kemas2 dlm hati dan ingatan aku, kerana inilah atr 'peninggalan' mereka pada aku suatu hari nanti.

Oh ya..kata2 ayah tadi. Ayah aku pernah cakap " Tuhan telah bagi ayah banyak kejayaan dan kesenangan semasa muda ayah, apa yg ayah nak, alhamdulillah ayah dapat. Jadi, bila sekarang, dah tua2 ni, berpenyakit itu ini, ayah takkan merungut atau mempersoalkannya, mengenangkan terlalu bnyk dah nikmat2 lain yg sudah ayah dapat.."

Tuhan..jadikanlah kami hamba2 - Mu yg bersyukur, lagi sabar..dan golongkanlah kami dlm golongan hamba yg Engkau kurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.aminn.

No comments: