27 February 2005

pondering alone...

Dalam wanita aku, ada ‘lelaki’nya.
Dalam kasar aku, ada lembutnya.
Dalam tikus aku, ada singanya.
Dalam manis aku, ada bengisnya.
Dalam riuh tawa ku, wujud simpatinya.
Yang menjadikan aku lebih manusia…

Dalam tegas aku, ada lemahnya.
Dalam yakin aku, ada was-wasnya.
Dalam ingin aku, ada ragu-ragu.
Dalam mahu aku, ada malu.
Dalam percaya aku, terselit curiga
Agar aku lebih waspada…
Berjalan di dunia..

Dari luaran, hanya lahiriah mampu dipandang
Dari sinar mata, mampukah dibaca semua…
Dari tutur kata, seiringkah dengan suara jiwa..
Dari gerak geri, bolehkah ditelah isi hati..

Penilaian manusia yang dangkal, hanya mampu sejangkau akal.
Pemerhatian hamba yang terbatas, kerapkali kebenaran tewas.
Keupayaan kita yang singkat, layakkah kita mengaku hebat?

Meneka dan menduga, mengagak dan mencongak,
Cuba mentafsir dari mata dan telinga,
Antara nyata dan pura-pura,
Bisakah dibeza..

Lantas,,..
Untuk mengenali, maka harus dirapati
Untuk mengetahui, maka mesti diselidiki,
Untuk mencintai terlebih dahulu perlu difahami..

- scribbling inner thoughts in my room…

1 comment:

tm nut said...

not bad, not bad at all..