30 March 2005

the muffin

Bila dah suka…

Kuih, kalau kita dah suka pada rasanya, mahal pun sanggup beli. Macam muffin RM 2 seketul kat kafe kampus, punyalah mahal, tapi sedapnya membuatkan aku pantang lalu aje nak menyinggah.. .

Tapi kalau hati tak berkenan, walaupun orang2 sekeliling ni puas memujuk kita utk rasa kuih ni, sedap kata mereka, ramai yang suka, dahlah corak dan warna kuih ni cerah dan menarik, manis lagi. Harga pun jauh murah berbanding muffin tu. Dengan harga sebijik muffin tuh, aku boleh beli 6 ketul kuih yang diwar2kan sedap ni. Memanglah kalau compare dr segi ekonomi dan harga , memang menang lah kuih ni. Kalau compare dari segi rupa luaran pun, memang lagi berwarna-warni kuih ni, berbanding muffin, yang setompok bulat macam tuh. Orang2 sekeliling masih tak puas hati lagi, alah..rasa lah dulu, mesti suka punya. Aku pun beli untuk rasa, dan bila dah rasa , …hmmm…kalau dah tak suka tuh, …

Tapi sebab dh beli, aku kena ‘paksa’ diri habiskan, sebab aku dh keluar duit utk itu, dan nak ‘jaga’ hati orang2 sekeliling yang memandang aku makan kuih kegemaran dengan muka penuh expectation. Amacam, best kan.? Aku hanya mampu senyum , sambil menelan, hambar. Sempat lagi mata aku, melirik sekilas pada muffin yang tersusun dlm rak kuih. Rindukan rasanya.

Kerana muffin itu mahal, aku tak boleh nak membelinya selalu. Sekali sekala sahaja. Dan setiap kali membeli, aku cuma dapat beli seketul. Tapi yang seketul itulah, setiap suapan, setiap laluannya di tekak aku, adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga, satu kepuasan. Dan sangat aku hargainya, sehingga yang serdak kecik2 pun aku tetap berusaha habiskan. Puas.

Faham maksud aku..?

Kalau hati dh suka, mahal ke, tak menarik ke, walau dicemuh orang sekeliling yang tak mengerti minat kita, kita akan tetap beli. Kerana kepuasan dan kegembiraan itu, hanya kita sahaja yang merasai. Biar orang geleng kepala, kata kita tak berani menukar rasa, asyik hadap yg tu aje. Tapi kalau dh suka..nak buat macamana. Beli yg disukai orang ramai, tapi jika hati sebu beku..tak habis makan juga.
Dan kalau dah tak suka,meski mudah diperolehi kerana murah, corak yg menyelerakan, walau dicanang kerana kesedapannya, tetap tawar di dada kita. Tak bermakna pada selera kita. Lazat di lidah orang, tak semestinya enak di mulut kita….

Bukan mahal murah persoalan utama. Bukan diminati ramai atau tidak popular. Bukan cantik atau jeliknya. Pokoknya, citarasa kita yang berbeza. Biru di mata orang, mungkin ungu pada penglihatan aku.

Hayati kepelbagaian manusia. Amati dan pelajari dari perbezaan antara kita. Hormati aneka kehendak dan pilihan manusia, mungkin ada sesuatu yg akan kita dapati akhir dari semua ini.

Untuk aku, aku tetap memilih muffin itu.

2 comments:

tm nut said...

stuju..

justme said...

heheh..yum yum, esp blueberry muffin..