26 April 2005

bersaksikan diri..

Masa aku kecil dulu, rsnya masih tadika ke drjh 2 kot..when we were living in Ampang, mama ada melanggan majalah al-Ain, Solehah. Bulan2 akan dapat, dan aku masih ingat mengadap majalah al-Ain yg berupa komik islamiah dari kulit ke kulit. Amazingly..most of the stories mcm terpahat kemas pulak dlm ingatan aku.

Satu drpd cerita2 dlmnya yg masih aku ingat ialah,'Mahkamah Akhirat' ( masih ingatkah adik beradikku sekalian....?=]).Dia buat dlm bentuk bentuk komik bergambar, sheesh.. masih ingat lagi dia lukis syaitan dan Iblis dlm bentuk makhluk bertanduk dan berekor,..( and please..dont imagine it as like that -lah..itu imaginasi pelukis sj..). It tells the story ttg persaksian drpd setiap anggota. Tangan akan cakap apa yg dibuatnya spjg hayat manusia. Kaki akan beritahu ke tempat mana dia pergi. Mata dan telinga akan bersuara membongkar apa yg dilihat dan didengar. Mulut akan terkunci, menjadikannya tak mampu untuk membuat sebarang penafian. Skrin layar besar membentangkan setiap satu tingkah manusia, dibuka di hadapan sekalian hamba Tuhan, dalam suasana ngeri yg dipanggil Mahkamah Akhirat. Aku rasa komik itu telah berjaya mengajar aku sesuatu yg aku ingat sampai sekarang, tentang pembalasan yg akan kita terima atas setiap perbuatan kita.

Bagaimanakah nasib aku nanti ya..saat di mana tiada bantuan, takde tempat nak lari atau sorok muka, tiada org peduli, masing2 kalut dan runsing memikirkan hal kesudahan mereka. Takut memikirkan hari di mana tiada jalan kembali, alam yg kekal sampai bila2. Kecut.

Tuhan...kasihanilah kami...

1 comment:

-wan- said...

hmm....penah gak bace ms kecit2 dulu...paling suke bc ms tgk setan2 kecit tgh menghasut budak kecit2.. last2 rupe2nye budak kecit tu bermimpi..sib baik..hhe