14 April 2005

suara hamba

Bila diri disimbah kedamaian,
Tatkala diri dilimpahi nikmat kebahagiaan,
Ketika diri enak menganyam kasih dan sayang,
Senang berlingkar dalam kemewahan,
Jangan Ya Allah,..
Kau lepaskan aku dalam alpa,
Hingga asyik menyulam tawa,
Sampai terlupa,
Senang ini kurniaan - Mu,
Bahagia ini pemberian – Mu,
Kasih sayang ini anugerah – Mu,
Damai ku kecap bukan hak mutlak ku.

Aku takut jua..Ya Allah,
Ingatan pada - Mu menipis,
Lantaran seronok tak terkata,
Aku lupa lafaz terima kasih,
Untuk dihamburkan kepada Pencipta,
Aku jadi bongkak dan bangga,
Hingga lupa sujud syukur pada – Nya,
Demi dunia, perlukah tergadai akhirat ku?
Untuk Akhirat, haruskah sengsara dunia ku ?

Oleh itu..Tuhan,,.
Hina dina ku pohon pada – Mu,
Kuingin rasa nikmat dunia pinjaman – Mu,
Kuingin kecap keindahan alam maya ciptaan – Mu,
Sementara hayat ku masih ada, ingin ku guna sepenuhnya,
Namun kujua damba bahagia abadi akhirat – Mu,
Ingin tergolong dlm golongan mukminin – Mu,
Harap dilimpahkan rahmat ampun – Mu

Lantas.. Ya Allah,
Engkau bantulah aku,
Menyelusuri jalan dengan pimpinan – Mu,
Melangkah di bumi dengan suluhan hidayah – Mu,
Mendaki hari bersama ingatan terhadap – Mu,
Jangan sekali pun Ya Allah…
Engkau palingkan muka dari ku,
Jangan abaikan aku …
Kerana aku tidak mampu lega bernafas ..
Tanpa redha dan kasih – Mu.

" bila hati mengadap Tuhan, baru ku sedar, ada kelemahan...

terasa kerdil berbanding Yang Esa, terharu terfikir..betapa agungnya...Tuhan...."- lirik nasyid Saujana

No comments: