14 April 2005

mencari keberkatan

" keredhaan Tuhan bergantung pada redha ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan juga datang dari kemurkaan ibu bapa.."

Simple kan, tapi bende yang sesimple inilah sgt berat dan sukar utk dilaksanakan. Mudahnya kita nak mendapat redha Allah, sesenang itu juga kita mengundang kemurkaan-Nya. Pandang ibu bapa dengan pandangan kasih kita dpt pahala. Taat dan patuh pada mereka ada ganjarannya. Senangkan dan gembirakan mereka, kita yang akan rasa bahagia.

Hakikatnya hidup ini begitu, sekaya mana pun kita, kalau rezeki tak berkat takde maknanya. Sekuat mana pun kita berusaha dalam pelajaran dan kehidupan, tapi perasaan ibu ayah tak dijaga, terasakah berkatnya.. Tenangkah jiwa kalau hati emak terguris .. Tenteramkah kita kalau jauh di lubuk dada ayah menangis ?

Cukuplah zaman kanak2 aku merunsingkan dan menyusahkan mereka, sekarang aku ingin pergunakan sepenuhnya masa yg ada utk berbakti dan menggembirakan mereka, yg pastinya takkan mampu untuk setimpal dgn apa yg telah mama dan ayah korbankan. Selagi masih diberi peluang, selagi masih punya hayat. Selagi aku belum milik orang, yang mana akan mengubah kedudukan utama mereka dlm hidup aku selepas itu.

Ayah aku mengingatkan, kepentingan berkat dalam rezeki. Kerana apa yg kita makan akan menjadi darah daging, mencorak kehidupan dan peribadi kita, anak serta keturunan kita. Rezeki yg mak ayah bawa pulang ke rumah, mesti dipastikan dtg dari sumber yg bersih dan halal, tak tercampur baur dgn unsur2 riba, rasuah atau perkara haram yg lain. Ini penting, sgt penting, kata ayah. Memang semua org nak hidup mewah, tapi kita sebagai Islam, ada tahap dan limitasinya. Jgn kerana kejar harta, main redah je, tak ambil kira halal haram, dosa pahala. Apa guna kaya, kalau anak2 tak menjadi, yg atr faktor penyebabnya adalah sumber rezeki ibu bapa yg bercampur aduk unsur yg dilarang Islam. Itu yg pentingnya kita ada ilmu, agar tidak tersilap langkah. Kalau tidak tahu, belajar dan tanya org yg lebih arif.Jgn guna alasan kejahilan, kerana menuntut ilmu tak kira tua atau muda. Panjang khutbah ayah, aku yg mendengar senyap tak terkata.

Ya Allah, Engkau peliharalah kami, dengan naungan rahmat dan perlindungan dari-Mu. Jadikanlah hamba-Mu ini, kaum keluarga keturunanku, hamba-hamba yg tetap dlm mendirikan sembahyang, lagi tekun dan sabar melaksanakannya.. jadikanlah kami , anak2 yg soleh dan solehah kepada ibu ayah kami, dan kurniakanlah mereka kesejahteraan dunia dan akhirat..Ya Allah, wahai Tuhan Yg Maha Mendengar...aminn.

.." rezeki ni, sekelip mata Tuhan bagi, sekelip mata jugak Tuhan boleh ambil balik.."
- ayah


No comments: