19 May 2005

risaukan adik yg exam..

Hmm..susahnya nak menyuruh adik bungsu belajar, atau adakah sbb dia lelaki..? Seingat aku, dulu, kami kakak2 kat atas dia nih, kena 'kuarantin' dlm bilik, no tv until exams over. Kalau nak tengok tv, pun tak tenteram rsnya, runsingkan exam, tapi faktor utama adlh kerana takutkan ayah. Dengar pintu bilik ayah terbuka, cabut masuk bilik. Tapi adik yg seorg punyalah rileks, dan ayah pun dh tak segarang dulu, mungkin disebabkan keputusan adik yg sentiasa menggembirakan hati mak ayah. Atau mungkin juga sbb ayah dh tua, dh tak berkudrat dh nak 'kejar' anak seorg2 mcm dulu. Jadi peranan kakak2 dan abang dia lah pula nak take over pastikan adik belajar. Bukannya apa, ..takut dia terbiasa anggap ringan pada exam. Walaupun keputusan baik, attitude terhadap pembelajaran tu yg perlu dipupuk dan dijdkan amalan. Dahlah tahun ni nak UPSR. Hai..lah adik..=/.

Keyakinan adik mmg hebat, dan kami jugak sentiasa percaya dgn kemampuannya kerana result nya sering setimpal dgn keyakinan yg dipamerkan. Cuma entahlah..risau jugak tengok dia rilek sgt. Dlm bab menyuruh2 belajar ni, aku selalu 'fail' , kakak lebih bijak handle, ketegasannya bertempat. Abe pulak garang sgt, kesian pulak dkt adik. Aku..? Hmmph..bila nampak dia dah berubah muka bila disuruh2 belajar, cepat benar aku cair, tak sampai hati tengok dia mcm tu. Isshh..bahaya sikit nih, rosak pulak anak2 aku nanti bila terlalu diikutkan kehendak anak, dan tak biasa bertegas dgn anak ..mcm cerita 'anakku sazali' tuh..hissh, minta dijauhkan Tuhan..( jauhlah plak fikir..).

Adik lelaki bungsu kami, dia lah seorg. Jauh lebih matang dr usia, biasalah...bila dh bergaul dgn kakak2 dan abang yg dh dewasa, dia pun ikut dewasa. Walaupun bungsu, karakternya tidak menyusahkan org, tidak berkira, pandai mengambil hati, dan tak pernah sekali pun merunsingkan kepala mak ayah..pendek kata membesarkan dia senang. Heheh..teringat hari pertama adik masuk sekolah, aku yg kena teman sehari suntuk sbb mama dan ayah ada hal, jadi terpaksa lah aku berlagak 'ibu' dan bergaul dgn golongan ibu bapa, yg excitednya mereka nih melebihi si anak. Ada atr kanak2 ni yg maknya kena duduk bersama di sebelah anak dlm kelas, tak kurg juga mak ayah yg tak berenti2 ambil gambar anak melalui celah2 tingkap, nak tergelak jugak melihat gelagat mereka nih. Adik ? Aku hanya boleh jeling2 dia dr jauh je, sbb dia siap bg signal dgn tangan agar aku tak menunggu terpacak tepi kelas.Cehh..malu konon, anak lelaki lah katakan..=]

apa2 pun,adik..good luck exam ya..! And a happy 12th birthday you ( 20 mei )..semoga adik panjang umur, diberi kesihatan yg baik, menjadi anak dan manusia yg soleh..diberkati kehidupan adik dunia akhirat..=D! Lepas exam nih..kitorg bawa adik kluar jalan2..enjoy lps exam. Bila ditanya nak hadiah apa utk birthday, mcm2 pulaklah yg dia mintak..nak makan Sate King, Mcd yg foldover tuh, nak tengok Star WArs, Madagascar pun nak tengok..lps tu nak cd game..amboi..ingat kakak2 dia nih cetak duit gamaknya..heheh =]...mcm2 lah adik...

No comments: